Saya hanyalah seorang insan yang sangat lemah dan taktau nak meluahkan pada siapa.
saya Baru berkhwin sebelum kahwin semuanye oke. kahwin atas kehendak sendiri, cerita ini berkaitan kisah silam suami.
kisah silam yang sangat sangat sakit bagi saya untuk terima.
ye Saya tau mungkin akan ada orang yang cakap saya b0d0 sebab tak boleh moveon dengan kisah silam suami sendiri.
Sepanjang Saya dengan dia Saya tak pernah Bukak fon dia sebab Saya percaya dia sangat2. tapi Baru ni saya tiba2 teringin nak Bukak fon dia nak tengok semua yang ada dalam fon dia, dia jenis shre password dengan saya tapi apa yang saya jumpa tu sangat di luar jangkaan saya.
Saya jumpa beberapa vid dia bersama pompuan lain atas katil iaitu pompuan tu selalu dia beri nama b0hsi4 bila saya tanya siapa, bukan dengan seorang perempuan sahaja tapi beberapa org pmpuan yang berbeza.
hati ini luluh hancur dan menggeletar satu badan Sebb tak sangka perangai suami saya masa bujang dulu macam tu. lepas Saya tanya dia ye dia mengaku tu memang dia pon, ast4ga Rasa mau bvnvh saja dia masa tu..
Saya Rasa tak adil dalam perkahwinan ni, . Sebab saya boleh jaga diri sebelum kahwin dengan dia why dia tak boleh jaga diri dia untuk saya. sejujurnya kalau dia jujur dengan saya dari awal lagi sumpah Saya tak akan boleh terima lelaki macam ni.
Saya meluah nie ingin kan kata2 semangat dan moveon dari kakak2 ibu2 sekalian yang ada dalam group nie. Saya Rsa Saya depress teruk skrg nie. tak tidur tak makan sebab bila teringat vid tu semua saya Rasa benci dekat dia dan menyesal sangat2.
saya cuma mau kata positif supaya Saya cepat dapat melupakan dan menerima semua niee . maaflah ayat berterabur sebab Saya terlampau sedih dan menyesal. setiap hari Saya mntak cerai tapi dia tetap tak nak lepaskan Saya.
Saya sayang dia tapi Saya susah nak melupakan dan menerima. macam mana Saya percaya yang dia tu dah berubah? sepanjang kami bercinta dulu sampaila bertunang dia tak pernah ambil kesempatan langsung ke atas saya.
hati Saya sakit sangat2 lepas tau kisah silam dia sangat teruk macam tu. tolong sayaaa bagi kata2 positif plssss.