Untuk sesetengah individu, kaedah atau cara memasak mungkin dianggap mudah, yang utama ialah rasa hidangan itu enak dan selamat untuk dimakan.
Tapi, banyak orang tidak tahu bagaimana cara memotong bawang untuk masakan berbeza untuk mereka yang berpengalaman
Dan mengutamakan keongindahan dalam masak-memasak.
Seperti yang diterangkan oleh Mohammad Faeez Harith, terdapat sembilan gaya atau cara memotong bawang yang berbeza ketika memasak hidangan tertentu.
Penting untuk diingat bahawa tidak semua cara memotong bawang sesuai dengan setiap resipi dan hidangan.
Cara anda memotong bawang boleh memberi kesan kepada rasa hidangan anda.
Berikut adalah 9 jenis potongan bawang:
Biar betul! Cara potong bawang akan tentukan rasa masakan? Kalau nak sedap memang kena ikut cara ni
1. Potong
Potong bermaksud memotong bawang secara melintang.
Apabila bermula dari proses pemotongan, kita akan mendapatkan potongan berbentukgegelung dan mayang.
2. Gegelung
Bermula dengan memotong, dan diulang kembali mengikut tebal yang diinginkan.
Potongan seperti ini biasanya sesuai untuk memasak dengan kicap dan masak merah.
3. Mayang
Potongan halus secara melintang untuk menyediakan bawang goreng atau tumis.
4. Belah
Potongan secara menegak untuk menghasilkan potongan yang lainnya.
5. Baji (wedges)
Biasanya, potongan ini digunakan untuk menghias makanan seperti dalam sup, kari, dan kebab.
6. Hiris
Potongan yang nipis, halus, dan menegak secara berulang-ulang kali.
Boleh digoreng atau dijadikan sebagai ulam, dengan tambahan sambal, budu, atau cencaluk.
7. Dadu
Biasanya, apabila nak buat cekodok bilis atau jemput-jemput bawang.
8. Potong dadu kecil atau cincang kasar
Untuk tumisan nasi goreng atau mi goreng.
9. Cincang halus
Untuk perapan dan tumisan.
Biar betul! Cara potong bawang akan tentukan rasa masakan? Kalau nak sedap memang kena ikut cara ni
Menurut Faeez, cara kita memotong bawang adalah penting kerana ia boleh memberi impak kepada rasa hidangan dan masa memasak.
Baca:Influencer kantoi guna ‘fake follower’ untuk dapatkan produk review secara percuma!