Salam Admin, Pada awal tahun ini, semuanya terbongkar apabila perempuan simpanan suami saya menghubungi saya.
Perempuan ni dulunya bekas isteri suami saya tapi dia yang beria nak bercerai sebab taknak bermadu.
Saya memang sedia maklum tentang kewujudan dia sebelum itu, cuma apabila saya minta perjelasan dari suami saya,
Dia hanya kata hubungan mereka setakat keluar tengok wayang dan makan bersama. Perempuan itu, A mengatakan mereka lebih dari itu.
Dah tinggal bersama selama dekat setahun (saya pjj dengn suami saya sebelum ni kerena urusan kerja dan telah berpindah duduk bersama dengan suami saya pada bulan 7 yang lepas)
A juga mengatakan dia pernah mengandungkan anak suami saya dan kegugg uran. Dan menyatakan kalau dia dengan suami dah rujuk, tapi suami tak mengaku.
Luluh hati saya, selama 3 tahun bersama ini yang suami saya lakukan buat saya. Bila saya minta suami ceraikan, suami saya tak sanggup dan mahukan saya.
Berkali2 saya minta suami saya buat pilihan, tapi berkali2 juga suami saya kantoi masih berhubung dengan A.
Paling menyedihkan masa kami bercuti suami saya menghubungi A mengatakan beliau tidak bahagia bersama saya dan ingin pulang bersamanya.
Baru2 ini saya terjumpa email suami saya ke A yang menyatakan beliau sedih apabila A block beliau di Whatsapp dan paling meluluhkan beliau menyatakan yang selama ni beliau kerja siang dan malam untuk perempuan tersebut
Saya masih sayangkan suami saya, memaafkan beliau demi keluarga kecil kami. Saya tidak mahu anak kami membesar tanpa keluarga yang sempurna. Saya tidak mampu untuk menahan stigma masyarakat tentang j4nda.
Semalam, Suami saya minta berpisah, kerana beliau rasa tidak bahagia. Kami sentiasa bergaduh kerana ada saje ketidak puashatian di pihak saya.
Saya memang mengaku, tidak mudah untuk mempercayai beliau seperti dahulu. Saya masih buntu, adakah saya patut berpisah sahaja atau saya patut berusaha mencari kebahagian bersama demi anak saya