Seorang lelaki telah berjaya menipu sebuah bank apabila menyamar sebagai seorang pegawai keselamatan dan meminta mereka menyerahkan wang sebanyak RM666,600 tanpa sebarang aksi dramatik.
Menurut laporan LadBible, lelaki tersebut menyamar sebagai pengawal keselamatan G4S
Dengan lengkap memakai pakaian seragam, topi keledar, dan visor.
Beliau kemudian masuk ke dalam bank dan mempamerkan kad Dengenalan palsu.
Perampok tersebut kemudian keluar dengan enam kotak wang tunai, setiap satu mengandungi £25,000. Walaubagaimanapun, penipuan ini hanya sedar oleh kakitangan bank apabila lelaki tersebut tidak menandatangi bukti pemindahan wang selepas keluar untuk meletakkan wang.
Ketika bank menghubungi G4S, mereka diberitahu tiada jadual pemindahan wang pada hari tersebut.
The Sun juga mempersoalkan bagaimana bank boleh benarkan seseorang bawa keluar dua kotak wang tunai, sedangkan peraturan menyatakan setiap kotak wang tunai hendaklah dikendalikan secara individu.
Selain itu, kumpulan perompak ini juga tak memakai seragam G4S yang tepat, menimbulkan persoalan tentang bagaimana mereka dapat masuk dan meyakinkan kakitangan untuk menyerahkan £150,000.
BACA: