Assalamualaikum min n warga krt . Salam ramadan al mubarak semua . Aku just nak buat luahan sikit awal awal ramadan ni dan sorry la agak panjang.
“lepas ni kalau kau takde dengan aku pun aku tak heran. sebab dah bosan terhegeh hegeh tebalkan muka kejar orang yang tak hargai aku”
Ini la dialog yang aku dapat first day puasa harini dari suami aku.
Al kisahnya aku dan suami berkawan dari sekolah lagi tapi biasa la masa tu cinta monyet jap kawan jap gaduh sampai la kami diijab kabulkan pada tahun lepas .
Alhamdulillah aku berkahwin dgn org yang aku tau baik buruknya dan aku terima seadanya dgn harapan apa yang jadi masa bujang biarlah ditinggalkan dibelakang dan mulakan hidup baru lepas berkahwin tapi sangkaan aku meleset apabila aku sangka kan panas hingga ke petang tapi rupanya hujan di tengahari
Sikap baran suami aku yang tak bertempat dan ego yang menggunung tu kadang buatkan aku makan hati .
Bayangkan la tak sampai seminggu kami bernikah dia dah tengking aku macam macam dan yang paling aku tak boleh lupa sampai sekarang ni ayat dia ‘kau tu manusia tak bersyukur !!!’ sedangkan punca pergaduhan hanya la perkara kecil dan remeh .
Pernah aku tertinggi suara dgn suami akibat di provoke tapi aku dah minta maaf dan move on dari kisah itu .
Tetapi setiap kali berlakunya pergaduhan suami akan mengungkit dan mengatakan yang aku derhaka sebab menengking suami , tidak taat dan tidak menghormati dia sebagai suami.
Usia perkahwinan yang baru menginjak 10 bulan ni lebih banyak gaduh nya dari berbaik.
Usia permahwinan kami belum sampai 10 bulan tapi suami sering mengupdate story whatsapp tentang hal yang menyalahkan isteri dalam segala hal seperti 10 ciri ciri isteri derhaka dan suami jugak suka menonton ceramah ustaz ustaz di youtube tentang berdosanya seorang isteri kepada suami .
Pernah ada satu ceramah mengatakan “jika isteri melayani suami 100 kali suami boleh melayani isteri 100 kali tapi jika isteri tidak melayani suami 100 kali suami jangan melayani isteri 1000 kali” dan itulah yang akan diguna pakai oleh fikiran suami aku
. Ceramah tentang memuliakan isteri memang harapan la dia nak tengok
Tu belum kes mak mertua yang suka masuk campur urusan anak menantu , mak mertua aku jenis kalau dia tau aku bergaduh ngan suami aku dia akan call mak aku utk mengadu kenapa perangai aku macam tu macam ni .
Benda ni awal awal aku dah pesan kat suami masa baru kahwin dulu , ada apa apa hal jgn la cerita semua kat family lagipun aku ni menantu perempuan aku taknak la ada salah faham dgn mertua
. Pernah aku terbaca whatsapp suami aku dgn mak mertua , mak mertua aku tanya perangai aku ni tak berubah ubah lagi ke disebabkan suami aku update macam macam kat story whatsapp padahal masa tu baru je kahwin dua tiga bulan macam tu.
Tapi bila dia tahu anak dia buat perangai , solat jumaat tak pegi solat 5 waktu kelaut apa yang dia cakap kat aku ? “Doakan la suami tu cepat berubah” aku rasa macam segala masalah dan kesalahan datang daripada aku sorg sedangkan tugas suami tu apa sebenarnya ? Kenapa aku yang patut disalahkan kalau suami aku sendiri yang gagal jadi suami yang bertanggungjawab ?
Mesti ada yang terfikir apa yang aku buat sampaikan suami asyik nak cop aku sebagai isteri derhaka kan ? Okay pernah tak jumpa suami yang ingin dihormati dilayani seperti raja sedangkan suami tu sendiri tak hargai isteri buat isteri macam tak wujud buat isteri rasa macam org gaji dalam rumah ?
Aku yakin setiap perempuan yang dah bergelar isteri akan buat yang terbaik utk rumahtangga utk keluarga walaupun hati sendiri terluka . Walaupun disakiti berkali kali tetap akan maafkan suami sebab harapkan suami berubah .
Isteri ni tak mintak banyak pun melainkan hargai la dia sebagai isteri , buat dia rasa dia dihargai . Tu je dah cukup tapi aku tak pernah merasa semua tu sepanjang perkahwinan aku dan suami.
Berbalik pada dialog kat atas tadi , aku dan suami dah bergaduh lebih kurg dua bulan walaupun masih duduk dalam satu rumah yang sama.
Sebelum kahwin aku dan suami dah bincang sama ada suami ingin aku terus bekerja ataupun duduk dirumah je memandangkan aku masih ada hutang kereta yang perlu dibayar dan suami mengatakan dia ingin aku menguruskan hal rumah dan dia mampu utk bayar hutang kereta aku bulan bulan .
Yang menjadi masalahnya skrg apabila setiap kali bergaduh suami tak akan bayar hutang kereta aku tu , dah la bulan bulan memang aku kena ingatkan utk bayar kereta kalau tak memang lebuhhh la suami nak bayar sendiri tiba tiba .
Bila harini aku tanya pasal duit kereta bulan lepas suami seolah olah cakap yang aku ni mengemis duit dia pulak asyik nak mintak duit sedangkan yang berjanji boleh bayar tu dia sendiri tapi harini suami kata “selama ni aku ‘tolong’ bayarkan je
kalo nak duit lebih usaha la sendiri” ahh sudah ni kes tak puas hati la tu sebab isteri dapat duit BPN bujang dan suami terpaksa buat permohonan baru kerana tiada rekod sedangkan data isteri diambil semasa zaman brim dulu dan BPN tidak boleh dikemaskini dari status bujang kepada berkahwin
Tepuk dahi aku dibuatnya memikirkan nasib aku yang jauh diperantauan jauh dari family dan dilayan seperti ini oleh suami sendiri .
Bila aku meluahkan apa yang aku rasa maka tercetus lah ayat itu dari suami ku sendiri .
Yaa dari suami yang tidak tahu menghargai aku sebagai isteri malah ingin memutar belitkan yang aku tidak menghargai dia ?
Hahahahaha kadang ingin saja aku ti kam suami ku itu dgn pisau ketika tidur supaya aku bebas dari segala derita jiwa ini1