Sudah menjadi lumrah bagi setiap individu untuk mengharapkan bisnes yang diusahakan atau pelaburan yang dilaburkan meraih pulangan yang memberangsangkan.
Dalam pada itu, di sebalik bisnes yang menjanjikan pulangan keuntungan yang lumayan,
Terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mendapatkan mereka yang berminat untuk melabur dalam sesebuah bisnes.
Menerusi perkongsian TikTok @ppaaaeeeepappap, beliau telah mendedahkan bagaimana beliau seolah ‘terpedaya’ dengan sebuah syarikat Muslim serta 100% Bumiputera
selepas melaburkan wang sebanyak RM66,000 untuk membeli mesin air beserta pakej ‘lokasi strategik’.
Kisahnya bermula apabila diterangkan mengenai potensi bisnes mesin air yang menjanjikan pulangan yang tinggi. Dimaklumkan mesin air yang dilaburkan bakal diletakkan di ruang pelepasan KLIA dan asrama lelaki UiTM Shah Alam sekaligus membuatkan beliau tertarik untuk melabur RM66,000.
Disangka mampu meraih pulangan yang tinggi, segalanya berubah apabila dimaklumkan mesin air beliau yang telah dibeli diletakkan di KLIA dan UiTM namun bukanlah pada lokasi yang dijanjikan.
@ppaaaeeeepappap Company yg jual vending machine ni own by Pak Haji ye and 100% bumiputra.. so frustrating bile kene mcm ni but I hope mu experience can be lesson for u #vendingmachinemalaysia ♬ Biarlah Semua Berlalu – Willy Anggawinata
Sebaliknya, mesin air beliau diletakkan di dalam perpustakaan UiTM Shah Alam yang sudah mempunyai mesin air oleh syarikat yang sama pada setiap tingkat. Lebih menyedihkan, mesin air beliau di KLIA sekadar diletakkan di pantri atau ruang makan staf KLIA yang sudah pastinya mempunyai bilangan potensi pembeli yang rendah.
Berdasarkan perkongsian, beliau telah ‘melabur’ sebanyak RM38,000 untuk membeli sebuah mesin air tin dan mesin air 3 dalam 1 untuk membuat kopi pada harga RM28,000.
Mengetahui mengenai lokasi yang ditempatkan, beliau turut meluahkan rasa tidak puas hati kepada syarikat berkenaan namun tidak banyak yang dapat dilakukan memandangkan kontrak yang dipersetujui hanyalah melibatkan mesin dan bukannya perletakan lokasi mesin air.
Syarikat turut memaklumkan pihak mereka sedia membuat kontrak baharu apabila kontrak yang sudah dipersetujui tamat kelak.
Berdasarkan perkongsian, beliau telah ‘melabur’ sebanyak RM38,000 untuk membeli sebuah mesin air tin dan mesin air 3 dalam 1 untuk membuat kopi pada harga RM28,000.
Perkongsian yang dibuat jelas membuka mata netizen. Malah, terdapat para netizen yang berterima kasih terhadap perkongsian yang dilakukan khususnya buat mereka yang berminat untuk menjalankan bisnes mesin air.
Sehubungan dengan itu, orang ramai diminta berhati-hati sebelum membuat sebarang bisnes atau melabur khususnya melibatkan sesebuah syarikat yang menjanjikan bulan bintang.
Wanita ini turut berharap kisah beliau turut menjadi pengajaran agar tiada lagi individu yang menjadi ‘mangsa’ bisnes melibatkan mesin air yang menjual mesin air pada harga yang jauh lebih tinggi daripada harga sebenar atas faktor ‘lokasi’ ini.
BACA: Rupanya video individu promosi agenda Israel berlaku pada tahun 2021