‘Pegawai bagi macam-macam alasan’, individu dedah karenah birokrasi nak daftar mualaf di pejabat agama

Oleh DAHLIA MARZUKI

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Zolkifly Md Lazim mengungkapkan kekecewaannya kerana mengalami kesulitan dalam mendaftarkan saudara baru (mualaf).

Dalam perkongsian tersebut, beliau mendakwa bahawa sejak dua bulan yang lalu, sudah ada 5 orang yang mengucap dua kalimah syahadah,

Tetapi permohonan mereka untuk mendaftar di pejabat agama Islam telah ditolak.

'Pegawai bagi macam-macam alasan', individu dedah karenah birokrasi nak daftar mualaf di pejabat agama

Beliau menyatakan bahawa 4 orang mualaf telah menyerah diri untuk menghadiri kursus wajib Islam yang dijalankan oleh jabatan berkenaan.

Namun, selepas menamatkan kursus, permohonan mereka disahkan tidak diterima dengan alasan ketidakfahaman terhadap Islam.

hij

Zolkifly Md Lazim mengungkapkan bahawa beliau telah cuba memenuhi permintaan pejabat agama dengan mengadakan kelas supaya mereka benar-benar memahami Islam.

Tetapi, permohonan mereka untuk mendaftar sebagai Muslim masih dipertikaikan.

mualaf

Setakat ini, luahan yang dibuat oleh Zolkifly telah mendapat lebih daripada 3,000 perkongsian daripada netizen.

Pelbagai respons diterima, dengan kebanyakan memohon agar pejabat agama melakukan siasatan dan menjelaskan keadaan sebenar.

BACA: Rupanya video individu promosi agenda Israel berlaku pada tahun 2021