“MashaAllah baru nampak!”, Keluarga besar Ustaz Azhar Idrus raih perhatian netizen

Oleh DAHLIA MARZUKI

Ustaz Azhar Idrus, kelahiran 12 Februari 1964, merupakan seorang penceramah bebas terkenal Malaysia.

Beliau dikenali dengan gaya penyampaian yang bersahaja, ceramahnya penuh dengan jawapan lucu, tetapi tepat, padat, dan menyentuh, sambil menggunakan slanga Terengganu.

Ustaz Azhar Idrus atau lebih akrab dipanggil UAI telah menjelma sebagai tokoh terkemuka dalam bidang dakwah di Malaysia.

"MashaAllah baru nampak!", Keluarga besar Ustaz Azhar Idrus raih perhatian netizen"MashaAllah baru nampak!", Keluarga besar Ustaz Azhar Idrus raih perhatian netizen

Gaya penyampaian dan ceramahnya yang bersahaja dan menghiburkan telah menarik minat ramai anak muda untuk menonton dan mendengar nasihatnya.

Selain itu, UAI juga dikenali kerana mempunyai tiga isteri dan tujuh orang anak. Baru-baru ini, anak beliau, Ikhwan Najmi, berkongsi sebuah video yang memperlihatkan kehidupan keluarga UAI

. Video tersebut, berdurasi 24 saat, telah menarik perhatian lebih 1.8 juta penonton, 147 ribu tanda suka, dan mendapat lebih 800 komen.

@ikhwannajmi7eid mubarak💜💫

♬ Seloka Hari Raya (Instrumental) – Various Artist – Instrumental Seloka Aidilfitri

Sebelum ini, Ustaz Azhar Idrus jarang berkongsi gambar keluarganya kepada orang ramai. Kebanyakan peminat UAI sangat teruja kerana akhirnya dapat melihat keluarga besar UAI semasa sambutan Hari Raya di rumah mereka.

Membaca komen di dalam video, ramai warga net mengharapkan Ikhwan Najmi untuk menyampaikan salam kepada UAI, dan ada yang menyatakan keinginan mereka untuk berjumpa dengan beliau disebabkan kagum dengan ceramah-ceramahnya.

Sebagai tambahan maklumat, sebelum terkenal sebagai seorang ustaz, UAI pernah menjadi guru dalam sebuah kumpulan muzik di Kuala Terengganu yang dikenali sebagai “band boy.” Walaupun sempat membuat persembahan di stadium-stadium, beliau kemudian menarik diri apabila kumpulan tersebut memutuskan untuk menjadi artis rakaman. Tujuannya ketika itu hanyalah untuk berseronok bersama kumpulan muzik dan bukan untuk mencari kemasyhuran.

Ustaz Azhar Idrus juga aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980-an. Sewaktu masa lapang, beliau suka berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama kawan-kawan, dan ada yang meminta beliau untuk merasmikan program berbasikal.