“Tuhan tu nak tunjuk sekejap je…Terjaga jam 2 pagi, suami takde kat sebelah, rupanya ini kerja dia!”

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Walaupun sudah berkahwin, hubungan persahabatan di kalangan golongan wanita ini kebanyakannya tetap utuh seperti biasa.

Walaupun sibuk dengan kehidupan masing-masing, setiap dari mereka masih mencari masa untuk mendengar luahan perasaan sesama jika ada masalah yang perlu dikongsi.

Namun, bagi seorang individu dalam kisah ini, kebaikan yang ditunjukkan kepada sahabat rapatnya malah dibalas dengan pengkhianatan.

"Tuhan tu nak tunjuk sekejap je…Terjaga jam 2 pagi, suami takde kat sebelah, rupanya ini kerja dia!"

Menurut kisah yang dikongsikan oleh Puan Erin bersama pihak Suria FM, dia tidak kisah membawa rakan itu ke rumahnya setiap kali ada masalah. Tentunya, sebagai sahabat, niatnya hanyalah untuk menenangkan dan membantu sebaik yang mungkin.

Namun, lama-kelamaan, dia mulai sedar bahawa sahabatnya ini semakin kerap datang setiap kali ada pertengkaran berkaitan dengan isu percintaan bersama teman lelakinya.

Suatu malam, sahabatnya sekali lagi tumpang tidur di rumah mereka. Puan Erin terjaga pada lewat malam dan merasa pelik kerana suaminya tidak berada di sisi.

Apabila dicari, hatinya hancur apabila melihat suaminya dan sahabatnya duduk berdua di luar dengan mesra sambil meluahkan perasaan.

Dalam kejadian lain, seorang sahabat memberitahu Puan Erin bahawa suaminya sedang keluar dengan seorang perempuan. Apabila dihubungi, lelaki itu mengatakan motosikalnya rosak tetapi menolak bantuan isterinya.

Ternyata mereka berdua sedang berdating dengan gembira di pusat membeli-belah. Kejadian demi kejadian berlaku, akhirnya wanita ini memutuskan untuk bercerai demi mencari kebahagiaan sendiri.

Kini, dia bersyukur kerana beberapa tahun kemudian, Allah menggantikan lelaki itu dengan seorang suami baru yang baik dan tahu menghargai.

BACA: “Hanya kerana kerugian dalam bisnes dan tersepit dengan komitmen sedia ada, aku dipinggirkan isteri”