Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) memberikan pilihan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membekukan akaun dalam tempoh tiga hari atau..
Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) memberikan pilihan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membekukan akaun dalam tempoh tiga hari
Atau menghadapi tindakan undang-undang, seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.
“Pada hari ini, Aman Palestin telah menghantar surat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM, memberi notis di bawah Seksyen 44A Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUAA) 2001, untuk membatalkan dan/atau mengubah perintah pembekuan ini,”
kata peguam yang mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muhammad Rafique Rashid Ali, dalam sidang media malam tadi.
@malaysiagazette Aman Palestin Pula Mahu Heret SPRM Ke Mahkamah! Bagi Tempoh 3 Hari Nyah Beku Akaun #AmanPalestin #SPRM #FaktaKes #fyp #MGNews ♬ original sound – malaysiagazette
Rafique menambah, beliau menggesa Ahli Parlimen dari blok kerajaan atau pembangkang untuk membawa isu ini ke Dewan Rakyat sambil mempersoalkan mengapa agensi penguat kuasa mengambil tindakan membekukan akaun bagi aktiviti-aktiviti kemanusiaan.
“Kenapa tindakan ini diambil hanya sehari selepas Aman Palestin mengumumkan penyaluran wang untuk Kempen Bantuan Musim Sejuk dan ketika gencatan senjata diisytiharkan? Bagaimana wang derma, sumbangan rakyat, dan individu-individu dapat dikategorikan sebagai hasil aktiviti haram?” katanya.
Aman Palestin berpendapat bahawa kenyataan media SPRM pada 23 November lalu adalah berniat jahat dan merupakan komplot terancang untuk merosakkan reputasi Aman Palestin dan ahli Lembaga Pengarahnya.
“Aman Palestin dan ahli Lembaga Pengarahnya sedang disiasat oleh SPRM. Kali pertama SPRM melawat premis berdaftar Aman Palestin adalah pada 17 Oktober lalu, dan tiada serbuan atau tangkapan dibuat ketika itu,” katanya, menambah bahawa sejak tarikh 17 Oktober, Aman Palestin telah memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM.
Mengenai jongkong emas yang ditemui dalam serbuan SPRM baru-baru ini, Aman Palestin menafikan sebarang unsur penyelewengan. Rafique mendakwa bahawa jongkong emas tersebut adalah bentuk pelaburan yang dibenarkan berdasarkan kuasa yang diberikan kepada ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin.