“Rumah ini dijual, murah-murah sahaja,” demikian keterangan dalam video tersebut.
Seorang wanita telah menjadi viral di aplikasi sosial TikTok kerana ingin menjual rumahnya dengan harga yang sangat murah, iaitu RM292.10,
Disebabkan terpaksa bersebelahan dengan tapak perkuburan, lapor laman Suara.com kelmarin.
Video yang dimuat naik di akaun TikTok @bro_tempe memperlihatkan rumah berwarna hijau dan biru yang ingin dijual dengan harga yang amat rendah.
“Rumah ini dijual, murah-murah sahaja,” demikian keterangan dalam video tersebut.
Dalam video tersebut, pemilik akaun yang merupakan seorang lelaki mendekati seorang wanita yang sedang menyapu sampah untuk bertanyakan kebenaran tentang harga rumah yang dijual.
@bro_tempe di jual nih rumah..murah 😊👍🏻#MerdekaCatetRibet #fyp ♬ suara asli – BRO_TEMPE – bro_tempe
Wanita itu mengiyakannya dan menyatakan ia dijual dengan harga yang dipamerkan. Pemilik akaun itu terkejut dan bertanya sebab ia menjualnya pada harga yang ‘tidak masuk akal’.
“Saya cuma tidak selesa dengan jiran tetangga,” katanya.
Pemilik akaun itu kemudian terkejut apabila tahu bahawa jiran yang dimaksudkan adalah kawasan perkuburan.
“Jirannya itu bukankah rumah masa depan?” tanya seorang netizen.
“Mungkin jirannya itu tidak menghiburkan kerana apabila diajak berbual, dia tidak mahu,” tulis seorang netizen yang lain.