“Terlihat ceria padahal hampir gila”, luahan perasaan isteri pertama Abang Tesla raih perhatian netizen

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Bila menyebut pasal Abang Tesla, ramai tiba-tiba teringat kes abang tesla kahwin dua.

Meskipun kini Abang Tesla berkongsi kehidupannya dengan kedua-dua isteri menerusi beberapa video di TikTok,

perhatian ramai tertumpu kepada video terkini dari isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari.

"Terlihat ceria padahal hampir gila", luahan perasaan isteri pertama Abang Tesla raih perhatian netizen

Menerusi video yang telah mendapat hampir 50,000 likes, isteri pertama Abang Tesla tampak merakam wajahnya sambil menggubah lagu “Jodoh Pasti Bertemu” nyanyian Afghan.

Namun, yang menarik perhatian ramai adalah tulisan di atas video itu yang menyatakan, “Terlihat ceria padahal hampir gila.”

@n.majdinaI’m okay, i’m fine Gwenchana, teng neng neng neng 🫶🏻❤️

♬ original sound – Nurmajdina Jamari

Dalam ruang kapsyen, Majdina juga menulis, “I’m okay, I’m fine Gwenchana, teng neng neng neng.” Video ini telah membangkitkan pelbagai reaksi daripada netizen yang berspekulasi mengenai keikhlasan dan kebahagiaan isteri pertama dalam hubungan poligami tersebut.

Ada yang mengaitkan video ini dengan video terbaru Abang Tesla yang memaparkan dia membawa isterinya makan malam sambil meluahkan beberapa isu berkaitan rumah tangga mereka.

Dalam video itu, Abang Tesla dedah pada mulanya, dia ingin menyatakan niat untuk berkahwin kedua pada bulan Jun yang lalu, tetapi terpaksa menangguhkan niat tersebut kerana bulan tersebut adalah bulan ulangtahun kelahiran isterinya.

Sebenarnya, memang nak cakap dah dengan awak pasal kahwin tu tapi tak sampai hati sebab birthday kan.

“Masa tu dalam hati rasa sebaklah sebab masa tu fikir, andai kata cakap, kita takkan sama macam dulu. Tapi alhamdulillah lah, semua dipermudahkan.

“Cuma masa tu fikir, lepas bagitahu, mungkin ada ceraian. Mungkin minta cerai sebab tak boleh terima,” katanya.