Cubaan gagal! Lelaki ditangkap cuba tukar cincin RM 1 juta dengan cincin replika

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Seorang lelaki berusia 43 tahun telah ditahan selepas cuba menukar sebuah cincin berlian bernilai SGD$318,000 (RM1.11 juta)

Tukar dengan replika di sebuah kedai di Marina Bay Sands.

Asia One melaporkan bahawa polis telah menerima laporan mengenai penipuan ini sekitar pukul 1.15 tengah hari waktu tempatan, kelmarin.

Cubaan gagal! Lelaki ditangkap cuba tukar cincin RM 1 juta dengan cincin replika

Siasatan awal menunjukkan bahawa lelaki itu berpura-pura berminat untuk membeli cincin berlian di sebuah kedai barang kemas.

Sambil memegang cincin dengan tangan kiri, dia mengalihkan perhatian pekerja kedai ke barang kemas lain, kemudian menukarnya dengan replika menggunakan tangan kanan.

Kakitangan kedai kemudian menyedari perbezaan pada tekstur tanda harga pada cincin replika tersebut dan segera memberitahu pegawai keselamatan.

Pegawai keselamatan kemudian menemui cincin berlian sebenar yang telah dicuri oleh lelaki tersebut sebelum dia ditahan oleh polis di tempat kejadian.

BACA: “Atuk nenek buang makcik sebab mengandung luar nikah, masa paklong sakit, dia mengaku dia punca makcik mengandung”