“Kerana mengidam, aku minta suami belikan roti canai pukul 1 pagi, cara suami respon buat aku rasa nak cerai”

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Saya lapar sangat sangat malam tu. Dia asyik suruh saya order foodpanda sedangkan duit dalam bank tinggal rm60 nak surv1ve smpai hujung bulan.

Kedai mamak tu tak sampai 100 meter je. Saya ni tengah mengandung anak dia..

Tolong hide profile saya. Saya seorang surirumah anak satu. Sekarang tengah mengandung 6 bulan..

"Kerana mengidam, aku minta suami belikan roti canai pukul 1 pagi, cara suami respon buat aku rasa nak cerai"

Baru baru ni saya berg4duh dengan suami sebab saya k3jut dia pukuI 1 pagi. Saya lapar sangat sangat malam tu.

Dia asyik suruh saya order foodpanda sedangkan duit dalam bank tinggal rm60 nak surv1ve smpai hujung bulan. Kalau order foodpanda kurang Rm20 habis campur delivery sebab dah lewat malam. Saya suh dia pergi bungkus roti canai kat mamak depan ni jarak 100meter je dari rrumah, bukan kena jalan kaki pun boleh naik moto.

Dia bangun dengan badmood marah marah. Dengan nada kuat dia cakap mane ada duit cash, sedangkan kedai tu boleh je QR. Saya ada rm10, saya masuk dalam dompet dia. Memang saya terasa sangat sangat, dah la saya mengandung anak dia.

Pastu saya pun pergi dapur makan biskut yang tinggal 3 keping je lagi, buat air. Pastu dia bising; bising tanye mana dompet nye, nak gi beli makanan. Saya cakap tak payah orang makan biskut je lah. Saya memang dah terasa hati sangat sangat mase tu sebab macam saya ni susahkn dia. Jadi beban plak untuk dia.

Dia siap nak keluar, saya cakap tak payah beli, kalau beli juga saya memang tak akan makan. Tapi dia keluar gi beli juga. Saya pulak masa tu dah buat segelas susu, dah minum dah pun susu sampai rase muak nak munt4h.

Memang tak lalu dah nak makan bila dia bawa balik roti canai tu. Jadinya dia bising marah. Dia cakap kalau tak nak makan tak payah lah k3jut dia. Sedihnya hati ni. Bukan nak pujuk tapi tambahkan s4kit hati ni. Sebelum ni penah juga kitorang g4duh tapi tak pernah saya fikir nak berpisah.

Tapi kali ni hati saya dah tawar sangat bila terkenangkan satu persatu. Tak tahu nak cakap macam mana. Saya jadi benci dan menyesal pulak dengan semua ni. Ok sambung citer, malam tu dia tak nak tidur dengan saya, dia tidur kat ruang tamu.

Esok tu patutnya ada kenduri kahwin kawan dia. Saya tengah siap, biasanya memang saya akan siap lambat sebab kena siapkn si sulung dulu. Dia senanglah siap diri sendiri je. Saya s4kit hati dengan ayat dia, pukuI 2 kalau tak siap dia tinggal je.

Masa tu ada lagi 10 ke 15 minit lagi nak pukuI 2. Saya terus cakap tak nak pergi, memang dah takde mood. Hal g4duh semalam pun tak settle lagi. Pastu lagi tambah buat saya badmood. Macam mana nak pergi dengan keadaan air mata ni mengalir je. memang takde hati nak gi. Dia apa lagi marahlah.

Dia cakap semua nak ikut mood saya je, saya takde mood orang lain kena tempias. Bukannya nak pujuk isteri dia ni. TerIuka sangat hati saya ni. Sepanjang saya pregnant kali ni, saya memang banyak makan hati. Banyak kali saya minta tolong urut kaki saya, tolong sapukan minyak kat belakang. Dia tak nak buat pun.

Alasannya taknak tangan berminyak, dia nak main fon tak suka minyak – minyak ni. lama tu saya dah tak suruh da. Saya urut kaki sendiri. Sakit apa semua saya urut sendiri je. Kerja rumah lagi hauk. Sanggup biar isteri yang bawak perut ni buat semua benda.

Saya penat sangat dengan nak handle anak sulung umur 2 tahun ni lagi. Semua saya yang buat. Dia macam takde belas ehsan kat isteri dia yang tengah mengandung ni. Saya nak bangun duduk banyak kali pun tak larat sangat sebab perut besar kali ni.

Kalau rumah sepah ke apa, dia memang buat tak tau. Singki penuh ke apa, memang buat tak nampak. Apatah lagi sampah penuh kat dapur memang buat tak tahu je lah. Entahlah suami saya tak macam yang saya kenal dulu.

Dia dah berubah sangat. Bab nafkah dia memang tak kedekut dengan isteri, tak pernah berkira. Semua gaji dia transfer masuk akaun saya tapi saya takde pun ambil duit dia untuk kepuasan saya sebab memang ngam ngam je nak surv1ve bila dah tolak komitmen.

Bezalah layanan dia masa saya mengandungkan anak sulung dengan anak kedua ni. M4kin lama kahwin, suami saya banyak letak beban kerja rumah semua atas bahu saya. Sedih sangat dia takde nak usap perut saya macam dulu.

Tiap malam saya yang selalu tarik tangan dia pegang perut. Masuk harini dah 3 hari dah kami tak tidur sama. Dia tak nak tidur dengan saya dah. Saya ada mesej dia buat video kol dia, dia reject. M4kin terIuka hati saya ni.

Saya rase macam tak boleh nak hadap dah. Baik saya hidup dengan anak je. Tapi masalahnya, saya takde duit langsung. Kend3raan pun takde apatah lagi nak cari tempat tinggal lain nak mulakan hidup baru. Family saya t0xic.

Kalau jadi apa memang family akan salahkan saya je la. Manalah saya nak pergi, nak bertahan tapi s4kit hati ni m4kin parah je. Nak pergi tapi tak tau nak kemana. Kalau nak kerja ada ke orang nak ambil saya kerja dengan keadaan perut dah besar ni.

Siapa lah nak jaga anak sulung saya klau saya kerja. Duit nak hantar pengasuh pun takde. Ya allah sedihnya lah hati ni. Sejak saya kahwin dengan dia, saya memang takde apa – apa, nak berdikari pun jadi tak pandai sebab bukan hidup kat tempat sendiri.

Tinggal dekat tempat suami ni saya taktau nak berdikari macam mana sebab takde kend3raan sendiri nak bergerak. Nak buat bisness pun, nak pegi cod pos semua perIukan kend3raan. Duit nak start pun kosong takde. Saya nak tanya koranglah, adakah saya ni isteri yang tak bersyukur?

Adakah saya yang salah sebab mengada – ngada dan ikutkan hati sangat.. Macamana korang yang surirumah yang takde income langsung ni keluar dari perkahwinan t0xic ni. Hmm

Sambungan… Berkenaan dengan posting saya yang pertama tentang saya k3jut suami saya bangun pukuI 1 pagi tu. Tq yang bagi nasihat dan pendapat. Tak lupa juga untuk yang kecam – kecam saya. Baik buruk saya terima tapi ada beberapa perkara sikit saya nak jelaskan.

Saya dengan suami berkawin sebab family yang jodohkan. Sebulan kenal terus tunang dan setahun lepas tu terus nikah. Kami sed4ra jauh. Suami saya ni seorang yang soft spoken. Boleh dik4takan baiklah tak pernah marah.

Yang cakap saya tak bersyukur suami bagi pegang semua duit gaji tu. Ye, duit gaji dia memang dia masuk akaun saya semua. Gaji dia tak banyak pun sebab suami saya ni jenis suka tambah komitmen sedangkan dia tau tiap bulan dengan gaji dia memang tak lepas.

Komitmen yang tak penting dan tak nampak hasil contoh macam hutang iphone paling latest. Bila tolak komitmen tetap baki tinggal dalam RM600. Tolak susu anak dengan pampers dalam 150. Jadi baki ada dalam 450. Untuk korang yang suh saya beli banyak makanan frozen, biskut semua tu, bukan saya tak beli. Beli tapi berjimat faham tak? Tak boleh beli banyak sangat sebab tak cukup.

Awal bulan beli barang dapur pun duit dah tinggal berapa. Tak termasuk lagi duit minyak tol kereta dia dalam RM40 seminggu. Duit dia hisap pod vape sebulan pun dekat rm60. Biskut memang awal bulan saya beli, roti semua beli tapi dah habis dah, faham tak.

Yang ada hanya lauk basah tu pun masak sikit jimat nak surv1ve sampai hujung bulan. Malam yang saya lapar tu, sebelum dia tidur lagi saya dah cakap saya lapar sangat – sangat. Tapi dia macam ingat saya main, dia tidur je terus.

Saya kenal suami saya, dia bukan seorang yang pemarah sebab tu saya berani k3jut. Esok tu pun dia tak kerja. Saya k3jut tu sebab saya dah lapar sangat – sangat sampai rase macam gastrik. Saya nak roti canai je baru berapa ringgit.

Dia suh order foodpanda dengan keadaan duit pun tinggal rm60 nak surv1ve smpai hujung bulan. Kalau ikut hati saya nak je jalan kaki pegi sendiri. Saya boleh je pergi beli sebab tak jauh sangat dari rumah. Tapi suami saya ni jenis tak bagi. Dia tak suka saya berdikari keluar sendiri. Macamana ye nak jelaskan kat korang.

Saya bukan tak nak kerja, suami memang tak bagi kerja. Tiap kali saya cakap nak kerja suami saya tarik muka dan cakap kalau saya kerja, dia akan berhenti kerja. Pasal bisness, apa je bisness saya tak buat sebelum ni. Sebelum ni saya banyak duit sebab bisness online, income pun ratus setiap bulan boleh topup apa yang kurang tapi bila dah ada anak kecik ni banyak yang terbatas.

Pastu suami saya jenis memang tak minat bisness atau cari side income lain sebab kalau nak kena pergi cod, pos ke kadang boleh buat g4duh juga kalau dia takde mood. Sedangkan saya ni nak tolong dia. Saya ada lesen kereta ayah mertua saya sponser.

Bila dah dapat lesen suami saya tak bagi saya bawak kereta sampai sekarang saya jadi tak reti langsung bawak kereta. Lagi satu, rumah saya ni jauh dri kedai runcit or pasaraya. Kalau nak pegi beli memang kena naik moto atau kereta. Kalau makanan habis memang kena harapkan suami free baru boleh pergi beli.

Point saya kat sini, saya rasa sedih dan terIuka sangat. Kenapa dia tak boleh cakap baik or layan saya yang pregnant ni baik – baik. Sebelum ni takde pun saya mintak macam. Kalau korang baca posting pertama saya, sebelum ni saya mintak tolong dia urut sapu minyak ke apa sebab s4kit kaki, dia tak nak urut pun saya diamkan. Saya urut sendiri.

Saya sedih sangat sebab tahun lepas masa dia kemaIangan 7 bulan tak kerja, saya layan dia dengan sangat baik. Saya jaga dia hidup susah senang dengan dia. Dia takde duit saya bantu gadai barang kemas apa yang ada untuk bantu dia surv1ve.

Saya tak pernah berkira duit mahupun tenaga saya. Yang cakap setakat anak satu pun dah penat duduk rumah, korang tak hadap apa saya hadap. Walaupun suami saya baik, tapi tabiat dia yang suka sepahkan rumah, kat mane dia buka baju kat situ dia biarkan.

Seluar kat bilik, baju kat atas kerusi, kain tuala sepah atas lantai, baju baju kotor dia memang merata. Pinggan susah sangat nak basuh sendiri. kadang kalau buka biskut ke keropok, sampah biar je kat mane dia buka tu alasan lupa. Ingat rumah tong sampah ke.

Dahlah rumah mak mertua saya atas rumah saya je, tiap hari memang akan berjumpa. Kalau saya tak kemas rumah ke apa, saya juga yang malu. Saya pun letih urus rumah hadap habit pemalas dia. Tapi terkenangkan dia baik dengan saya, saya telan juga semuanya.

Bulan lepas saya ada masuk hospitaI, 2 hari tapi tak admit ward sebab wad penuh, 2 hari kat katil kat em3rgency. Masuk ubat semua kat situ. Saya memang tak cukup rehat sepanjang kat hospitaI. Bila dah discharge tu balik rumah saya nak rehatlah sebab badan masih tak larat tapi suami saya boleh bantai tidur. Saya baru nak tidur.

Dia dengan takde common sense langsung boleh tidur juga. Dia tak jaga saya pun kat hospitaI sebab kena jaga anak sulung. Dia tidur je kat rumah. Bila dia tidur juga sapa yang nak jaga anak? Sayalah yang jena jaga. Kalau setakat baik soft spoken tak kedekut tapi takde rasaa kesian kat isteri pun tak boleh juga.

Dia ingat saya takde rasa penat, takde rasa s4kit atau takde perasaan. Saya rasa down sangat kali ni sebab bukan hal kecik tu je. Tapi terkenangkan semua benda yang tak mampu saya nak tulis satu persatu kat sini.

Kenapa saya boleh layan dia baik, ikut segala kemahuan kehendak dia tapi dia tak boleh. Sedangkan saya tengah mengandung kot.

Dan sampai harini dah 4 hari, dia tak bercakap or tegur saya langsung. Tidur pun asing.

Saya gigih masak juga hari tapi sikit pun dia tak sentuh. M4kin lama m4kin terIuka je hati ni.

BACA: “Atuk nenek buang makcik sebab mengandung luar nikah, masa paklong sakit, dia mengaku dia punca makcik mengandung”