“Aku rasa nak marah tiap kali isteri ingin bermanja, aku rasa menyampah, fikirku jika aku tak kahwin dulu pun takpe”

Oleh DAHLIA MARZUKI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Usia pernikahan aku dan isteri masih mentah. Masih belum melepasi fasa ujian perkahwinan 5 tahun.

Sejak kecil, walaupun aku lelaki, aku telah diajar oleh emakku melakukan segala kerja kerja rumah seperti membeli barang mentah.

Sejak kecil aku diajar cara memilih ikan, ayam dan daging yang segar, menyiangnya dan membantu memasak.

"Aku rasa nak marah tiap kali isteri ingin bermanja, aku rasa menyampah, fikirku jika aku tak kahwin dulu pun takpe"

Selain itu, Aku turut diajar dari kecil membasuh baju, melipat baju, menyidai pakaian di ampaian, mengemas rumah dan lain lain kerja rumah.

Oleh itu, sudah terbiasa untuk aku melakukan segala kerja rumah sehinggalah aku meningkat dewasa.

Lebih lebih lagi aku melanjutkan pelajaran peringkat menengah di salah sebuah sekolah berasrama penuh yang dilatih dengan penuh disiplin.

Dipendekkan cerita, akhirnya aku berkahwin. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur dikurniakan keluarga mentua yang sangat baik.

Aku juga sangat bersyukur kerana keluargaku juga menerima isteriku seadanya dan melayannya dengan baik.

Tetapi hakikatnya apabila pernikahan kami sudah mencecah usia beberapa tahun, hari hari aku berperang dengan perasaanku sendiri.

Betulkah tindakan aku dahulu menerima isteriku sewaktu dia telah mengaku dahulu tidak reti memasak, tidak pandai melakukan kerja kerja rumah dan berjanji akan belajar sedikit demi sedikit.

Long short story, aku pada usia awal perkahwinan menerima dan cuba memahami jika masih tidak mengetahui melakukan segala kerja rumah dan memasak.

Fikirku, asalkan ada kemahuan belajar, aku akan mengajar dan waktu itu. Aku yakin isteriku nanti pasti akan berusaha untuk belajar.

Namun, melewati usia perkahwinan yang dah beberapa tahun, aku jadi rasa nak marah sahaja setiap kali isteri ingin bermanja.

Fikirku, jika aku tidak kahwin dulu pun tidak mengapa, aku mampu hidup bersendirian.

Masakan tidak, sepanjang beberapa tahun berkahwin ni, hanya beberapa kali isteriku memasak.

Kebiasaannya aku memasak. Begitu juga soal membersihkan tandas, membuang sampah, mengemas rumah.

Aku memahami dia yang membantu aku mencari nafkah dengan bekerja, maka aku pun melakukan segala kerja rumah untuk meringankan tugasnya di rumah.

Tetapi, lama kelamaan, aku merasakan seperti kami telah bertukar peranan. Sepertinya aku isteri, dan dia suami.

Perasaanku seolah olahnya seperti itu.

Aku semakin geram, jika aku yang bercakap dan menasihatinya seperti gaya pemakanan sihat atau motivasi kerja, nasihatku ibarat mencurahkan air ke daun keladi.

Tidak pernah dianggapnya penting dan hanya mengiakan sahaja tanpa membuatnya.

Tetapi jika nasihat yang sama, sebiji seperti apa Aku sampaikan, datang dari mulut orang lain, bukan main dia percaya. Sebagai suami, aku pastinya terasa hati.

Begitu juga tugas tugas memasak ini. Aku faham, sebagai wanita bekerjaya, aku bertoleransi untuk membantunya memasak atau membeli makanan dari luar sahaja.

Tetapi sebagai seorang suami, tipulah aku kata jika aku tak teringin nak merasa makanan hasil air tangan seorang isteri.

Jika tak, apa guna aku berkahwin kan?

Bab kebersihan tandas, kadang kadang sampai berkulat naik. Selagi tidak aku menyental sehingga bersih, sehingga itulah kulat itu menempel di dinding tandas.

Bab membasuh pakaian begitu juga. Selagi tidak aku membasuh pakaian dalam bakul, selagi itulah menggunung pakaian kotor.

Sampah pun katanya memang kerja orang lelaki, jadi memang biasanya akulah yang membuangnya.

Tetapi bila aku bertanya jika dia pernah nampak ayahnya membuang sampah, dia kata tak pernah.

Sebab mata aku sendiri menyaksikan segala kerja rumah di rumahnya dilakukan oleh mak mertua, ayah mertuaku seperti raja.

Bukan bermaksud ayah mertuaku tidak bertanggungjawab, tetapi sudah ada mutual understanding peranan suami isteri.

Aku sudah banyak kali slowtalk dengan isteriku dan berbincang tentang ini. Tetapi seperti tiada perubahan.

Sehinggakan aku rasa menyampah dengan isteriku apabila dia bermanja manja.

Aku juga makin lama apabila bercakap, aku perasan aku seperti hanya mahu marah marah sebab bagi aku, slowtalk pun tak pernah berjalan.

Di manakah silapku?

Salah akukah yang memanjakan isteriku sangat di awal perkahwinan sehingga semua kerja aku buat?

Atau kegagalan aku sebagai seorang suami yang tak mampu mengajar isterinya?

Aku kadang kadang terlalu stres dan rasa nak membujang semula je.

Apa guna kahwin jika akulah “isteri”, aku juga suami, baik aku hidup keseorangan.

Patutkah aku mendapatkan kaunseling kekeluargaan di pejabat agama?

Bantulah aku. Nasihatkan aku. Boleh tak korang yang membaca sehingga habis ni mencadangkan penyelesaian terbaik?

Aku sedang berusaha menjadi seorang yang sabar dengan karenah isteriku.

Aku sedang berusaha menjadi sebaik baik lelaki dalam hadith Rasulullah SAW yang bersabda lelaki terbaik adalah lelaki yang paling baik dengan isterinya.

Bantulah aku. Terima kasih sudi membaca dan memberi cadangan.

Reaksi Warganet

Siti Sara Mohd Roslee –
Dia macam ni taw. Pemalas dan manja tu berbeza. Wife awak dalam kategori pertama.

Aren Omar –
Sebenarnya awk TAK IKHLAS. Sebab tu awak jadi macam ni.

Jadi berkira, pikir hidup seorang lebih baik. Semua tu hasutan dari syaiitan secara halus.

Kalau awak tahu apa yang awak buat adalah tanggungjwab awak sebgai SUAMI dan awak percaya dan yakin ALLAH yang akan membalas semua kebaikkan awak, tentu awak tak macam ni…

Awak mungkin tak perasan Allah permudahkan rezeki awak, permudahkan urusan kerja awak, bagi kesihatan yang baik untuk awak asbab awak buat baik pada isteri awak selama ni…

Tapi bila awak start berkira, pikir yang bukan bukan semua kebaikkan tu Allah tarik..

Jadilah suami yang BERSYUKUR. Awak ada isteri yang boleh bermanja manja dengan awak. Ada keluarga yang baik. Smua tu nikmat yang bukan semua orang dapat.

Nurul Hazwani –
Bayangkan ramai je isteri isteri buat keja macam anda sambil bekerja. Dan melayan suami Dan anak Lagi. Betapa penatnya sang isteri itu.

Meluat tengok muka suami yang pmalas itu. Sesekala teringin jugak sang isteri Rasa masakan suami. Tapi hampeh.

Duit pun sang suami beekira katanya cukuplah nafkah menyediakan baju 2 helai setahun, tempat tinggal Dan makan minum..hmm

Anda baru sikit je melakukan tangungjawab rumah dah stress, hehe.

Takpelah. if nak kembali bahagia, bincangkan dengan isteri untuk bahagikan tugas keja rumah.

Hidup brumahtgga ini Kalo tak bkongsi Dan bertolak ansur memang takkan kn bahagia.

Jangan letak diri sebagai raja maupun permaisuri. Semoga anda menemui kebahagiaan yang dicari.. aminn

Atiq Achmed –
Tapi pada saya, mungkin si isteri tak sedar. Atau she takes him for granted. Yang mana sifat semua manusia, tak kira lelaki atau perempuan.

Untuk saya, rumahtangga lebih elok kalau kita lihat suami atau isteri as another human being.

Yang kita sayang, yang ada masa penat, ada masa letih, ada masa putus asa, ada masa marah.

Yang kita ada bersama untuk saling membantu dan menolong meringankan beban bersama.

Layanlah each other sebagai teman yang kita sayang. Takkan kita mahu menjadi beban dan membebankan insan yang kita sayang?

Buat confessor, cuba bertegas dengan isteri, duduk dan cakap dengan serius tentang beberapa perkara yang awak sangat perlu untuk menyenangkan hati awak.

Jika tak jalan, pergilah jumpa kaunselor perkahwinan.

Jangan asyik diungkit verbally tentang tanggungjawab siapa, risau risau nanti makin tawar hati.

Sayang untuk hubungan awak berdua, kedua duanya baik, cuma perlukan beberapa penyelarasan dalam kehidupan untuk lebih bahagia.

Moga Allah lorongkan ke jalan yang betul.

BACA: Kenapa PMX tak arahkan kes Nik Elin digugurkan? Ini 10 sebab ramai nak tahu