“𝐾𝑒𝑛𝑎𝑝𝑎 𝑅𝑎𝑗𝑎 𝑀𝑒𝑙𝑎𝑦𝑢 𝑡𝑎𝑘 ℎ𝑎𝑙𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑢𝑛𝑡𝑢𝑡𝑎𝑛 𝑁𝑖𝑘 𝐸𝑙𝑖𝑛? 𝑅𝑎𝑗𝑎 𝑀𝑒𝑙𝑎𝑦𝑢, 𝑘𝑎𝑛 𝐼𝑠𝑙𝑎𝑚?”
”𝐾𝑒𝑛𝑎𝑝𝑎 𝑃𝑀𝑋 𝑡𝑎𝑘 𝑎𝑟𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑠 𝑁𝑖𝑘 𝐸𝑙𝑖𝑛 𝑑𝑖𝑔𝑢𝑔𝑢𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑖 𝑀𝑎ℎ𝑘𝑎𝑚𝑎ℎ 𝑃𝑒𝑟𝑠𝑒𝑘𝑢𝑡𝑢𝑎𝑛? 𝑃𝑀𝑋, 𝑘𝑎𝑛 𝐼𝑠𝑙𝑎𝑚?”
”𝐾𝑒𝑛𝑎𝑝𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖 𝑎𝑔𝑎𝑚𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖 𝑢𝑛𝑑𝑎𝑛𝑔-𝑢𝑛𝑑𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑎𝑘 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑢𝑎𝑟𝑎 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 ℎ𝑎𝑙𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑒𝑠 𝑁𝑖𝑘 𝐸𝑙𝑖𝑛 𝑑𝑖 𝑀𝑎ℎ𝑘𝑎𝑚𝑎ℎ 𝑃𝑒𝑟𝑠𝑒𝑘𝑢𝑡𝑢𝑎𝑛? 𝐾𝑒𝑑𝑢𝑎-𝑑𝑢𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖 𝑡𝑢, 𝑘𝑎𝑛 𝐼𝑠𝑙𝑎𝑚?”
Banyak pihak sangat cakna dengan kes yang hangat disorot oleh media sekarang ni, kes Nik Elin. Dalam banyak-banyak kecaknaan, ada suara yang keluarkan soalan-soalan macam di atas tu.
Macam yang media laporkan, Nik Elin mohon deklarasi bahawa peruntukan tertentu dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan sebagai tak sah kerana digubal oleh Badan Perundangan Negeri yang tak kompeten/tak ada bidang kuasa untuk gubal peruntukan berkenaan.
Berbalik kepada soalan-soalan di atas — ada asas yang perlu kita fahami. Antaranya:
1. Malaysia amalkan pengasingan kuasa (separation of powers) antara kuasa kuasa perundangan (legislative), pentadbiran (executive) dan kehakiman (judiciary).
2. Pengasingan kuasa ni untuk pastikan setiap institusi berfungsi ikut peranan masing-masing, dengan adanya semak-imbang (check and balance) antara ketiga-tiganya.
3. Badan perundangan – fungsinya buat undang-undang. Kuasa ini diberi kepada Parlimen.
4. Badan pentadbiran – fungsinya tadbir kerajaan ikut undang-undang.
5. Badan kehakiman – fungsinya putuskan undang-undang untuk rakyat dan kerajaan patuhi.
6. Setiap badan ni tak boleh ‘campur tangan’ dalam peranan badan lain.
Contoh 1: Seorang hakim (badan kehakiman) tak diberi kuasa oleh Perlembagaan untuk minta Parlimen (badan perundangan) gubal undang-undang macam yang hakim tersebut mahukan.
Contoh 2: Seorang menteri (badan eksekutif/pentadbiran) tak boleh arah hakim (badan perundangan) untuk putuskan kes macam yang dia harapkan.
𝑹𝒂𝒋𝒂 𝑩𝒆𝒓𝒑𝒆𝒓𝒍𝒆𝒎𝒃𝒂𝒈𝒂𝒂𝒏 & 𝑫𝒆𝒎𝒐𝒌𝒓𝒂𝒔𝒊 𝑩𝒆𝒓𝒑𝒂𝒓𝒍𝒊𝒎𝒆𝒏.
7. Sistem pemerintahan beraja di Malaysia juga amalkan prinsip Raja Berperlembagaan dalam konteks demokrasi berparlimen.
8. Dalam asas ini, kedudukan raja/sultan (atau Yang Dipertuan Agong) diiktiraf oleh Perlembagaan (undang-undang utama Malaysia), dan berperanan mengikut prinsip dalam Perlembagaan Persekutuan.
9. Harus ambil nota, Perlembagaan Persekutuan ialah hasil demokrasi di Parlimen. Kuasa raja/sultan yang ditetapkan oleh Perlembagaan tidak memungkinkan raja/sultan ‘campur tangan’ dalam memutuskan kes mahkamah (macam kes Nik Elin).
𝑲𝒆𝒃𝒆𝒃𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑩𝒂𝒅𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒉𝒂𝒌𝒊𝒎𝒂𝒏
10. Kehakiman di Malaysia ialah satu badan bebas dan independent. Hakim-hakim yang arif, terpelajar dan berintegriti tentunya tidak akan sesekali tergugah dengan mana-mana campur tangan pihak lain. Apatah lagi, hal sedemikian tidak ada dalam pengasingan kuasa dam demokrasi di Malaysia.
Semoga 10 poin ini membantu kita untuk faham.
𝘕𝘢𝘴𝘳𝘪𝘢𝘩 𝘈𝘣𝘥𝘶𝘭 𝘚𝘢𝘭𝘢𝘮