Hanya guna 2 bahan, ini petua orang lama untuk pulihkan demam tanpa ubat

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Meskipun kedengaran seperti tidak logik, namun terdapat segelintir masyarakat di muka bumi ini yang tidak boleh menelan ubat.

Berusaha mencari pelbagai alasan untuk mengelak, ada sesetengah individu lebih rela menahan sakit

Daripada perlu menelan ubat yang begitu pahit bagi mereka.

Hanya guna 2 bahan, ini petua orang lama untuk pulihkan demam tanpa ubat

Tidak perlu lagi menahan rasa sakit kerana fobia menelan ubat, berikut kami kongsikan petua orang lama untuk memulihkan demam dengan cara semulajadi.

Tular di media sosial, petua ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Leha Yusuf sebagai ikhtiar menurunkan suhu badan ketika demam tanpa menelan ubat.

“Petua untuk demam memang banyak. Biasanya Akak memang sebolehnya elakkan makan ubat. Bukan takut menelan ubat, cuma tak berapa suka sahaja.

“Jadi kalau saya demam, memang rajinlah buat ikut petua daripada arwah Mak dan daripada bahan bacaan lain juga. Petua kali ini Akak hanya guna dua bahan sahaja.

“Mudah dan paling ringkas. Insya-Allah berkesan juga,” tulisnya menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Facebook miliknya.

Bahan-bahan:

Satu senduk kecil Beras Barli
Setengah batang Kayu Manis
Cara-cara:

1. Masukkan beras barli dan tambahkan apa-apa jenis kayu manis.

2. Rebus kedua bahan sehingga beras barli kembang dan lembut.

3. Untuk rasa yang lebih enak, boleh tambah madu dan lemon ketika mahu meminumnya.

“Boleh terus minum semasa air suam atau biarkan sejuk seketika. Nak tambah ais pun boleh juga. Ikut kepada tekak masing-masing.” Ulas wanita berkenaan.

Baca juga:‘Saya pernah tengking anak depan kat airport hanya sebab dia tak nak pandang kamera, tak sangka terlalu besar pengajaran saya dapat’