Demi ubah nasib keluarga, wanita ini terpaksa bawa anak merempat demi habiskan pengajian universiti

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Tidak semua perkahwinan berakhir dengan kebahagiaan abadi. Beberapa pasangan menghadapi liku-liku hidup yang menyebabkan mereka terpaksa berpisah melalui perceraian untuk kebaikan masing-masing.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi kisah kesukaran hidupnya selepas bercerai di media sosial.

Wanita itu dan anak-anaknya terpaksa menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dengan gaji bulanannya yang hanya RM600.

Demi ubah nasib keluarga, wanita ini terpaksa bawa anak merempat demi habiskan pengajian universiti

Setelah baru bercerai, kami dihalau dari rumah. Saya sakit dan kehilangan pekerjaan, lalu bekerja jual tiket bas. Gaji bersih hanya RM600.

Saya bekerja di stesen bas, berkongsi surau untuk tidur bersama anak-anak selama lebih sebulan. Pada masa itu, seorang pakcik menjaga tandas memberikan nasi bungkus kepada anak-anak ketika saya sedang bekerja.

Demi kelangsungan hidup saya dan anak-anak, saya memutuskan untuk melanjutkan pengajian demi masa depan yang lebih baik. Walaupun dalam kesusahan, pengorbanan itu akhirnya mendapat ganjaran dan ujian berat itu telah berlalu dari hidup saya.

Saya meneruskan pengajian untuk mendapatkan sijil keselamatan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Socso). Ketika pergi ke kelas, saya membawa anak-anak naik bas. Ketika saya belajar di kelas, anak-anak duduk di tangga dan membaca buku diam-diam. Orang yang lalu memberi air kotak satu per satu.

Apabila anak-anak lapar, saya membeli nasi kosong dua, ayam sekeping, dan berkongsi makan dengan empat orang. Semuanya akhirnya berlalu. Alhamdulillah.

Tangkapan skrin perkongsian wanita ini dimuat naik ke platform oleh @AbudiAlsagoff pada Jumaat. Netizen yang memberikan komen kebanyakannya merasa bangga dengan ketabahan wanita itu dalam membesarkan anak-anak tanpa sokongan suami.

Saya kagum dengan kekuatan wanita ini sebenarnya. Walaupun fizikal kelihatan lemah, mentalnya kuat dan tabah untuk menyara anak-anak.

Anak-anak yang mengalami kesulitan seperti ini pasti akan membesar dengan penuh kejayaan setelah melihat ketabahan ibu mereka. Sebelum ini, video seorang wanita yang menangis semasa berkongsi kesukaran hidupnya juga menjadi tular.

BACA: “Anak zina tu takde binti kat nama dia, aku terkejut masa duduk berdua dengan mak, aku paksa mak beritahu siapa aku sebenarnya!”