Aku hairan tengok kak ipar meninjau hadiah perkahwinan kami. Tak sangka, semasa acara buka hadiah, rupanya dia nak hadiah perkahwinan kami.
Mak mertua aku pun suruh aku bagi set periuk tu dekat kak ipar. Dahlah kawan-kawan aku yang bagi, mahal plak tu..
Assalamualaikum, saya Madam F. Saya just nak share kisah Kak ipar kiriman…
Kepada kakak sulung yang mempunyai adik ipar perempuan, jagalah hubungan anda dan adik ipar dengan baik. Jangan jadi perosak rumahtangga adik anda.
Saya berkahwin dengan Ahmad. Ahmad mempunyai 4 adik beradik. Dia mempunyai 2 orang kakak dan seorang adik lelaki. Irah, kak sulung Ahmad (bukan nama sebenar). Inas, kakak yang kedua. Pendiam orangnya. Adik Ahmad, Iqbal belum berkahwin.
Masa saya bertunang, tak nampak belang kak Irah. Baik dan ramah orangnya. Kak Irah berkahwin dengan Abang Idris, mempunyai 4 orang anak. Mereka tinggal di rumah mak abg Idris. Abang Idris berkeja kampung. Manakala kak Irah suri rumah.
Kak Irah ni rapat dengan husband aku dari kecil. Beza umur mereka 6 tahun. Kalau ibu bapa mereka berkerja, kak Irah la yang akan jaga mereka adik beradik dan dipantau oleh tok mereka yang tinggal di belakang rumah mereka.
Setelah aku berkahwin dengan Ahmad baru lah nampak belang kak Irah. Hari kahwin aku dan Ahmad di rumah Ahmad, dah nampak red flag. Aku hairan jugak bila tengok kak Irah meninjau hadiah perkahwinan kami. Bagi aku, hanya nak tengok ja.
Tapi tak disangka, semasa waktu buka hadiah di waktu malam, rupa-rupanya kak Irah nak hadiah perkahwinan kami. Tak sempat aku nak tengok hadiah yang kawan-kawan bagi, cepat-cepat mak mertua aku bagitau kak Irah nak satu set periuk yang kawan aku hadiahkan pada kami.
Sedih kerana kawan-kawan yang bagi. Mahal pulak tu. Aku hanya ada periuk kecil. Alasan mak mertua aku, kakak ipar aku takda periuk. Biras aku kedekut. Susah nak beli barang-barang rumah sebab duduk dengan mak biras aku.
Seminggu aku s4kit hati. Suasana baru kahwin pun h4mbar bila suami suruh aku berikan set periuk pada kakak ipar aku. Aku dengan husband balik rumah nenek aku di Kelantan dengan ayah dan mak aku sebab nenek aku s4kit.
Kami berempat saja balik kampung sebab adik-adik aku berada di U. Sebelum pulang ke kampung, aku beli buah tangan untuk sed4ra mara aku. Kemudian, aku singgah rumah mertua aku. Adoi… Kak ipar aku tu penyibuk. Memang annoying…
Masa aku buka bonet keta aku, dia cepat-cepat nak tengok apa ada dalam bonet. Dia tengok ada kopi, kicap dan belacan. Dia tanya pakai duit sapa sebab banyak. Aku baIas balik, duit bapa aku la sebab nak balik kampung bapak aku. Terdiam terus dia.
Terus jalan menonong ke dalam rumah mak bapak dia. Dia rasa aku pakai duit adik dia ka.. On the way balik kampung Smooth ja. Masa nak balik ke rumah, ibu bapa aku nak stay kat Kelantan seminggu lagi sebab adik ayah aku nak balik kampung jugak dari Melaka. Nanti ibu bapa balik rumah naik bas.
Kami bawak kereta Nissan Almera ayah aku balik rumah. Aku nak singgah ke Rantau Panjang beli barang. Lagi 5 minit nak sampai, telefon husband aku berdering-dering. Hairan jugak sapa call pagi-pagi macam ni. Tekaan aku betul kak kesayangan husband aku.
Dia order macam-macam. Muka husband aku dah berkerut-kerut. S4kit hati aku bila tengok wasap kakak dia. “Kalau h4ng tak cukup duit, pinjam la kat bini h4ng. Dia kan baru dapat gaji.” Mendidih d4rah. Aku buat tak tahu ja bila husband aku kata tak cukup duit.
Aku baIas kat dia kalau orang pesan tolonglah ambik duit. Gaji aku tak besar. Bukan gaji pensyarah ka engineer ka atau doktor… Terdiam husband aku. Aku dah bayar duit kereta, baki gaji tak sampai 2k. Gaji gomen bukan banyak. Gaji dia pun tak sampai 2k.
Sampai rumah mak mertua, kakak kesayangan husband aku siap tunggu depan rumah. Aku keluar dari kereta bapa aku. Kak ipar aku dok tengok kereta ayah aku yang baru. Dia tanya keta sapa. Dia nak suruh hantar dia balik rumah mak mertua dia.
Aku cepat-cepat bagitau keta bapak aku. Sesuka hati ja nak suruh hantar dia. Suruh la laki h4ng mai amik. Aku bukan nak berkira tapi anak-anak dia ramai. Lasak jugak. Nanti habis kereta ayah aku. Aku pulak kena marah.
Aku geram dengan husband aku yang tak minta duit untuk barangan yang dikirim oleh kakak kesayangannya sebab tuan rumah dah minta duit sewa. Bila husband aku tunjuk barang-barang kakak dia, aku cepat-cepat bagitau yang Abang Mat tuan rumah minta duit sewa rumah.
Haha merah muka husband aku dan kakak dia. At last, kakak dia hulur duit jugak. Mak Mertua aku memang sayang kat kak Irah. Mak mertua aku kata kak Irah tu bijak Dan semua kata-kata Irah betul. Dia sokong ja kak Irah buat apa.
Jarak rumah sewa aku dengan rumah mertua Kak Irah hanya 30 Minit. Suami aku selalu ajak aku ke sana. Aku hairan bila husband aku tak perasan bila kami sampai mak mertua Kak Irah akan masam muka. Aku tahu yang mak mertua Kak Irah tak sukakan kak Irah yang diktator tu.
Sebab jiran aku berkawan dengan adik biras aku. Soal honeymoon pulak, aku plan nak pergi Langkawi atau Pulau Pinang. Aku dah tahu plan kak ipar nak ikut kami. Kalau ramai yang pergi, bukan honeymoon tapi percutian keluarga la plak. Silap-silap aku kena bayar. Sebab husband aku tak dapat gaji lagi.
Suami aku dah serba salah. Aku bertegas kerana duit yang nak pergi honeymoon ni duit aku. Aku budget cukup-cukup. Kebetulan, bapak saud4ra kawan aku offer harga sewa kereta murah untuk 3 hari 2 malam. Guess what?
Sepanjang perjalanan nak pergi jeti Kuala Perlis, husband aku berg4duh dengan aku sebab tak ajak family dia. Kali ni betul-betul aku dah tak boleh blah. Aku cakap kalau nak pergi dengan family dia, aku pergi sendiri dan dia boleh balik rumah.
Aku meluahkan perasaan aku, baru 6 bulan berkahwin, kami tak da privacy. Nak manja-manja. Nak dating. Masa cuti husband aku dihabiskan dengan family dia. Aku ni perIukan dia. Kadang-kadang aku ni rasa aku bermadu dengan kakak sulung dia.
Sampai di jeti Kuala Perlis, husband aku minta maaf. Dan kami meneruskan honeymoon kami di Langkawi tanpa gangguan. Sebab aku pilih motel yang tak berapa ada line. So, husband aku tak boleh bagitau kak dia pasal honeymoon kami.
Balik dari honeymoon, keluarga mertua aku masam muka dengan aku. Diorang kata aku tak ajak pun. Aku cakap aku pergi honeymoon. Honeymoon untuk pengantin baru. Masa tu aku nampak red flag pada husband aku. Sikit pun dia tak protect aku.
Hati aku pulak m4kin terIuka dengan sikap suami aku yang utamakan kakak dia. Aku disahkan hamil 2 bulan. Husband aku happy. Aku tak pernah tengok dia gembira macam tu. Masa ni, kak Irah kak kesayangan husband aku dah menunjukkan belang dia.
Start dari adik aku yang no 3 nak kahwin. Aku minta tolong husband aku amikkan barang hantaran di kedai hantaran. Sebab aku masih di office. Adik aku baru on the way balik dari Selangor. Esok dia nak bernikah. Husband aku pergi amik sebab dekat dgn tempat keja dia.
Kak kesayangannya tahu sebab husband aku bagitau. Dia wassap husband aku “Jangan baik sangat dengan keluarga mertua. Kalau kita susah, belum tentu depa boleh tolong”. Sejak husband aku dapat wassap dari kakak dia, dia terus berubah.
Semasa hamil, aku teringin nak makan ikan terubuk. Husband aku ni lurus sangat.. Pi bagitau kak dia. S3tan tu hasut husband aku kata aku mengada ngada nak makan. Husband aku kata aku ni mengada-ngada. Aku dengan sarat mengandung pergi Te$co beli ikan terubuk sendiri. Harganya baru RM 12.20.
Bila bapa mertua aku teringin nak makan kepala ikan, dia boleh pergi Kuala Muda nak beli kepala ikan. Memang sangat terasa di hati aku. Dah sarat mengandung, aku minta duit nak beli baju baby kat husband, boleh dia kata kakak suruh beli kat bundle tak pun amik baju anak kakak dia.
Ya Allah… Sebak aku mendengarnya… Dalam diam, aku pergi beli baju baby lepas balik keja. Harga baju baby tu mampu milik RM10.90… janji baru. Masa keluarga aku buat makan-makan. Terkeluar cerita beli telur ayam 10 biji.
Kak ipar aku kata jangan beli barang dapur pakai duit adik dia sebab membazir. Tanggungjawab suami kena bagi nafkah pada isteri. Setakat malam, aku makan telur goreng dengan nasi je. Siang hari aku makan pakai duit sendiri.
Husband aku start tak bagi nafkah lepas tu. Dia banyak duduk rumah mertua. Pasal bersalin pun, husband berkira untuk anak kami. Sedihnya.. Sebenarnya banyak lagi, cerita pasal kak Irah… Memang meny4kitkan hati aku, baru separuh aku cerita pasal dia.
Pasal dia suka masuk campur rumahtangga aku. Urusan anak aku. Kerana terlalu banyak red flag pada suami aku, cinta aku padanya beransur pergi. Kadang2, aku tertanya-tanya kenapa dia kahwin dengan aku tapi tiada komitmen bagi pihak dia dalam rumahtangga kami.
Selepas pantang, aku berfikir sedalam-dalam lautan. Beristiqarah. Aku minta husband aku lepaskan aku dengan cara baik. Sebab rumahtangga kami jadi t0ksik. Pada mulanya, dia tidak mahu kerana bayi kami berusia 6 bulan. Akhirnya, dia melepaskan aku. Dengan hasutan kaknya.
Kata kakaknya, “KALAU BINI H4NG TAK MAU KAT H4NG, BANYAK ANAK D4RA NAK KAT H4NG.” Aku tak minta dia tinggalkan keluarganya. Tapi jadilah ketua pada keluarga kecil kami. Aku kesunyian. Tanpa nafkah zahir. Dan batin. Aku faham dia anak lelaki sulung.
Tapi aku tak faham kata-kata husband aku yang dia mempunyai tanggungjawab pada kakak kesayangannya padahal suami kakaknya masih hidup. Kalau dia mahu bersama-sama kakaknya, lebih baik dia tak payah kahwin dengan aku.
Aku dan anak aku tidak akan terani4ya dengan husband aku yang tidak bertanggungjawab. Kak Irah, terima kasih kerana mengh4ncurkan rumahtangga saya. Semoga Allah membuka pintu taubat untuk kak Irah. Sekarang ni, aku sudah mempunyai adik ipar perempuan. Sebagai kakak sulung, aku doakan supaya adik ipar aku berbahagia hingga ke jannah dengan adik. – Madam F (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Norain Noordin : Nasib baik dah jadi bekas. Bekas suami tak function. Apa jenis orang dah berumahtangga semua benda nak report nak tanya orang lain? Apa diri sendiri takde pendirian ke? Orang nak kahwin dia pun nak kahwin jugak.
Orang macam kak ipar tu kena cakap depan-depan. Tak taulah kalau TT dapat ke peluang tu sebelum berpisah. Rugi tak cakap. Sebab tu dia naik lemak. Tak apalah yang penting TT berani nak keluar daripada perkahwinan t0ksik walaupun baru setahun jagung. Tak takut walau ada anak kecil. Jaga kesihatan mental lebih penting. Semoga bahagia milik TT.
Aini Mohamad : Tak apa puan. Hidup ni macam ni lah.. ada je ujian. Memandangkan hal pun dah lepas.. jadi saya nak cakap, elok lah ex tu sambung jaga kakak dia. Memang serasi sangat dah. Sebab kalau tak berubah per4ngai dan diteruskan juga.. lagi banyak makan air mata.
Puan dah buat tindakan yang betul.. suami yang tak mampu mempert4hankan isteri dan anak, abai tanggungjawab utama, duk berkira, duk pakai ayat orang lain, hat bini tak ambil kira.. sangat melelahkan perasaan mana-mana isteri.
Cuma bila teringat.. terkilan sangat kan. Ucap lah alhamdulillah. Terlepas dari ujian yang lebih panjang. Puan bijak dan sangat berani sebenarnya. All the best untuk puan dan anak. Moga direzekikan dengan suami baru yang lebih baik dan faham tanggungjawab.
BACA: Hubungan wanita dengan lelaki ini raih perhatian netizen bila dia mengikat tali pertunangan