Dari 150kg ke 90kg, penampilan Siti Bainun tarik perhatian netizen

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun, menarik perhatian apabila hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi ini.

Siti Bainun, yang kelihatan semakin kurus, difahamkan sebelum ini mempunyai berat badan 130 kilogram

ketika pertama kali masuk ke dalam penjara pada 3 Mei lalu, namun kini beratnya telah merosot kepada 90 kilogram.

Dari 150kg ke 90kg, penampilan Siti Bainun tarik perhatian netizen

Dengan memakai baju jubah merah jambu, Siti Bainun tiba di mahkamah dengan diiringi anggota penjara, menunjukkan

penurunan berat sebanyak 40 kilogram dalam tempoh enam bulan.

Siti Bainun kini sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun di Penjara Kajang selepas didapati bersalah atas tuduhan mengabaikan dan menganiaya seorang remaja sindrom down yang dikenali sebagai Bella di sebuah kondominium Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Selain itu, Siti Bainun juga diarahkan untuk menjalani khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan setelah tamat hukuman penjara.

BACA: Muntah setiap kali makan, Suhaimi Saad sempat minta maaf sebelum ditidurkan