“Ayah kaki hutang, duit KWSP RM120K bayar hutang je, lepas ayah meninggal, datang lelaki mengaku kawan ayah, dia bagi duit RM180k, rupanya ini duit..”

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Dari 120k duit epf arwah ayah, habis buat bayar hutang saja.

Sehinggalah selepas berbelas tahun ayah meninggaI, datang seorang lelaki mengaku kawan ayah. Dia bagi kami duit 180k, dia bagitahu yang..

Assalamualaikum.. Saya harap confession ni boleh bagi sedikit semangat kepada orang yang sedang rasa gagal dalam hidup terutamanya orang islam.

“Ayah kaki hutang, duit KWSP RM120K bayar hutang je, lepas ayah meninggal, datang lelaki mengaku kawan ayah, dia bagi duit RM180k, rupanya ini duit..”

“Ayah kaki hutang, duit KWSP RM120K bayar hutang je, lepas ayah meninggal, datang lelaki mengaku kawan ayah, dia bagi duit RM180k, rupanya ini duit..”

Percaya la Allah tak kejam dengan kita. Rezeki kita, kita yang punya. Sampai masa Allah mesti baIas semuanya. Yang penting sabar dan redha sebab rezeki memang tak salah alamat.

Dalam ujian ada hikmah, Allah tahu masa bila nak bagi pertolongannya. Walaupun kita taat atau tidak padanya, tapi Allah adil pada semua. Sejak saya lahir saya hidup dalam kesusahan. Ayah saya walaupun kerja bagus tapi hidup sentiasa kena tipu dengan orang.

Setiap bulan gaji tak akan ada sebab dia selalu bermurah hati jaga keluarga orang lain berbanding keluarga sendiri. Tambahan lagi macam-macam orang dia jadi penjamin. Nak jadi baik untuk siapa pun tak tahu la. Baik tak kena tempat.

Zaman dulu siapa-siapa pun boleh penjamin dan bila orang tu tak bayar, yang tukang penjamin la kena bayar. Kawan-kawan dia selalu ambik kesempatan kat dia pinjam duit dan sebagainya termasuk suruh dia jadi penjamin tapi depa tak bayar pun hutang tu.

Dulu saya ingat lagi la tiba-tiba datang beberapa orang cari ayah sebab katanya ayah tipu duit kutu. Yang tipunya orang lain sebab sampai turn dia orang tu ambik duit dan lari. Tapi yang kena tangung rugi tu ayah saya sebab dia yang cari anak-anak kutu tu.

Jadi nak taknak ayah terpaksa meminjam sana sini selesaikan duit tu. Dulu pernah jugak ayah kena pukuI dengan orang katanya orang lain pinjam duit along pakai IC ayah. Saya tak tahu la kenapa ayah saya macam ni. Terlalu bodoh ke terlalu apa ke tak tahu la.

Mak saya kerja orang gaji di 2 3 rumah macam tu la. Kerja orang gaji zaman dulu berapa puluh ja orang bayar sebulan. Tapi gaji yang tak seberapa tu la dia membesarkan kami yang hanya cukup-cukup untuk makan ja la.

Kat rumah setiap hari mak akan bising kat ayah soal duit dan soal perangai ayah.. Tapi ayah akan diam ja sepatah pun tak jawab kat mak. Kemudian dia pejam mata macam tidur seperti tak ada apa yang berlaku. Mak seolah-olah bercakap dengan dinding ja la sebab ayah tak akan respon apa-apa.

Mak selalu stress dan bising sebabnya mak pun tak mampu nak sara semua benda seorang diri. Gaji sebagai orang gaji berapa la sangat. Dah la mak saya langsung tak bersekolah. Nak cari kerja elok sikit pun tak boleh, sebab mak kata dia tak pandai.

Mak kata dulu ayah tak macam ni. Dulu ayah seorang yang ada cita-cita dan matlamat yang jelas untuk keluarga. Tak tahu la kenapa tiba-tiba ayah jadi macam ni. Kami 3 beradik semuanya tercicir dalam pelajaran sebab tak de orang nak pantau.

Sedangkan ayah boleh ja pantau sebab dia belajar sampai form 6 zaman tu. Tapi tu la, dia tak peduli kat keluarga. Kami adik beradik selalu la tak bayar yuran dan sebagainya. Zaman dulu yuran masih kena bayar sendiri.

Malu setiap kali nama dipangil sebab tak bayar yuran tu tak payah cakap la. Tu belum lagi bab tak beli buku sekolah dan sebagainya. Hal ni menyebabkan saya tak suka pi sekolah. Apatahlagi pergi sekolah selalu kena buIi dan cikgu pun selalu denda sebab saya lembab dalam pelajaran. Selalu kena panggil bodoh tu biasa dah.

Zaman kejatuhan keluarga kami semakin kepuncak, tiba-tiba ja ayah saya menjadi penghutang yang paling berjaya. Sampai ayah pun pergi kerja guard partime untuk tampung hidup dia seorang ja. Segala harta rumah dan kereta yang ayah beli masa awal-awal kahwin tu hilang sekelip mata..

Siapa sangka dalam sekelip mata kami hidup merempat. Mak saya terus jatuh sakit akibat terkejut sampai dia tak boleh tengok muka ayah. Masih segar dalam ingatan saya, tiba-tiba datang satu family suruh kami keluar dari rumah katanya dah beli rumah ni.

Siasat-siasat rupanya ayah dah lama tak bayar hutang rumah sampai rumah tu kena lelong. Saya masih ingat kami keluar sehelai sepinggang je sebab pembeli baru tak izinkan kami ambil barang-barang kami, katanya tu dah jadi barang-barang dia.

Hanya pakaian kami ja dia campak kat luar rumah. Kami terpaksa pergi menumpang rumah nenek dengan muka tebal masa tu. Ayah mula jarang balik rumah nenek.. Dia selalu tidur dekat bus stop. Sebenarnya masa kes rumah kena lelong tu ayah menghilangkan diri sekejap.

Mungkin dia malu atau tak boleh nak hadapi keadaan tu kot. Mak pun mungkin dah benci ayah, jadi dia dah tak kisah ayah balik atau tak. Yang saya tahu mak selalu menangis masa tu. Mak jatuh sakit masa tu sampai tak lalu makan sebab mak sayang rumah tu.

Apatah lagi hutang bank masa tu hanya berbaki kurang dari 10 tahun kalau tak salah. Mak selalu mengomel kalau la dia tahu baca tulis mesti dia tahu bank nak lelong rumah. Sebab selalu ada surat bank sampai tapi ayah tak pernah cakap sepatah pun pasal tu.

Mak kata kalau dia tahu lebih awal mungkin boleh buat sesuatu atau mintak tolong sesiapa. Atau jika ayah sendiri berterus terang tentang hal tu pasti boleh selamatkan rumah tu. Tapi ayah mendiamkan segala-galanya. Semua benda jadi rahsia dalam hidup dia. Atau mungkin kerana ego jugak.

Penghutang masih lagi la datang cari ayah tapi lama-lama senyap jugak la sebab pakcik saya tegas bercakap nak hutang mintak dekat orang yang peminjam bukan anak bini dia. Masa kejadian tu saya baru nak masuk darjah 6. Abang sulung saya dah pergi kerja, tak habiskan sekolah pun sebab nak sara kami.

Abang sulung saya la bapak kepada kami.. Dia pikul segala tangungjawab dalam rumah tu. Sampai sekarang kami ada hormat yang tinggi pada dia. Kami cari rumah sewa masa tu sebab mak tak selesa duduk rumah nenek walaupun kami ada bayar sewa kat nenek.

Jadi kami mula sewa rumah berdekatan situ. Tapi abang sulung dah tak bagi mak kerja. Dia suruh mak duduk rumah ja sebab mak pun makin tak sihat masa tu. Masa tu abang ja yang kerja dan sara adik-adik dia dan kos rumah.

Saya pendekan cerita, ayah memang langsung dah tak balik. Tapi kami tahu ja dia tinggal kat mana. Tak bus stop, mesti kaki lima mana-mana. Dia masih kerja kat tempat lama, dan mungkin dengan sikap yang sama. Tapi jarang-jarang sekali dia akan balik jugak macam raya dan sebagainya. Tapi tak bermalam di rumah.

Bila dia balik, mak layan baik ja pelawa dia makan dan sebagainya walaupun tak pasti dalam hati mak ada benci atau tak. Kami tak pernah halau dia atau apa walaupun kalau dia datang kami tak bertegur. Cuma dia ja ada la tegur abang sulung kalau jumpa. Tu pun sekadar tanya kerja ok ke.

Dengan saya dia tak bercakap hanya pandang-pandang ja. Entah apa dia fikir tak tahu la. Satu hari mak pesan kat saya, dia kata saya seorang ja harapan dia untuk tengok berjaya. Dia mintak saya belajar la elok-elok habiskan sekolah.

Sebab masa tu abang kedua pun dah mula bawak haluan sendiri. Dah tak minat belajar jugak dan kerja jaga parking. Mak ada la suruh abang kedua habiskan belajar, tapi mak jugak cakap dia tak boleh paksa sapa-sapa. Terpulang anak nak dengar ke tak.

Saya masa tu ada kerja kedai burger untuk wang saku sekolah. Tapi mak tak izinkan. Dia suruh saya focus study. Dengan saya ja mak berkeras mintak saya habiskan spm. Dia kata setiap masa dia sedih tengok abang-abang tak de pelajaran.

Dia kesal setiap masa sebab gagal bagi pelajaran kat anak sedangkan tu la harta paling berharga. Mak sedih anak pun dah jadi macam dia buta huruf dan kena kerja susah macam dia. Walaupun abang-abang boleh baca tulis. Tapi sekeping sijil juga yang bernilai kan.

Bila dia balik, mak layan baik ja pelawa dia makan dan sebagainya walaupun tak pasti dalam hati mak ada benci atau tak. Kami tak pernah halau dia atau apa walaupun kalau dia datang kami tak bertegur. Cuma dia ja ada la tegur abang sulung kalau jumpa. Tu pun sekadar tanya kerja ok ke.

Dengan saya dia tak bercakap hanya pandang-pandang ja. Entah apa dia fikir tak tahu la. Satu hari mak pesan kat saya, dia kata saya seorang ja harapan dia untuk tengok berjaya. Dia mintak saya belajar la elok-elok habiskan sekolah.

Sebab masa tu abang kedua pun dah mula bawak haluan sendiri. Dah tak minat belajar jugak dan kerja jaga parking. Mak ada la suruh abang kedua habiskan belajar, tapi mak jugak cakap dia tak boleh paksa sapa-sapa. Terpulang anak nak dengar ke tak.

Saya masa tu ada kerja kedai burger untuk wang saku sekolah. Tapi mak tak izinkan. Dia suruh saya focus study. Dengan saya ja mak berkeras mintak saya habiskan spm. Dia kata setiap masa dia sedih tengok abang-abang tak de pelajaran.

Dia kesal setiap masa sebab gagal bagi pelajaran kat anak sedangkan tu la harta paling berharga. Mak sedih anak pun dah jadi macam dia buta huruf dan kena kerja susah macam dia. Walaupun abang-abang boleh baca tulis. Tapi sekeping sijil juga yang bernilai kan.

Masa tu ayah dah teruk dah. Nak jalan tak boleh sampai pakai pampers. Perut dia macam orang mengandung. Kos meningkat sebab kena selalu bawak ke hospitaI cucuk keluarkan air dalam perut. Masa tu kos sewa teksi lagi. Tapi kami rasa mampu ja tanggung ayah.

Satu hari ayah menangis mintak maaf, mak cakap dia dah lama maafkan ayah. Abang-abang pun sama.. Tapi saya ja la diam. Tak tahu nak respon apa sebenarnya. Tapi ayah pesan dia ada hutang dengan orang, dia ada tulis dalam buku tiga lima.

Dia kata dia tahu masa dia dah tak lama. Dan dia kata nanti dia mati bila dapat duit epf, dia mintak bayarkan hutang-hutang dia guna duit tu. Dia siap cakap hari dia mati, hari tu rumah akan penuh dengan pemiutang ja.

Dia tak nak anak dan isteri dia susah nak berdepan dengan pemiutang. Dia juga mintak maaf tak banyak dapat tinggal untuk keluarga. Betul apa yang ayah cakap, hari tu ramai datang tuntut hutang depan jenazah ayah.

Walaupun tak bergaduh, tapi kalau boleh orang nak masa tu juga settle. Setengah masih ada timbang rasa tu boleh faham. Setengah tu macam tak mahu faham. Masa tu baru nampak, ayah hutang tak kira bangsa. Abang sulung mintak tempoh untuk semak dulu hutang ayah dan tungu wang epf ayah dapat dikeluarkan.

Satu masalah lain, dalam buku tiga lima tu, ayah ada tulis nama tapi setengah orang tu ayah tak tulis jumlah hutang. Jadi kami tak tahu jumlah hutang sebenar pada orang tu. Dipendekan cerita, duit epf ayah termasuk insurance dan kutipan-kutipan tempat kerja dan derma-derma orang semua dekat 120k.

Tapi yang tinggal kat kami, 1 sen pun tak de. Masa nak selesaikan hutang ramai la ambik kesempatan. Yang jumlah ayah tak tulis tu depa cakap la 5 ribu la, 10 ribu la. Yang jumlah ayah dah tulis pun masih ada juga kata tak cukup.

Ada antara kawan-kawan ayah cakap si pulan tu menipu la. Jumlah hutang tu bukan macam tu la, dan macam-macam lagi la. Tapi kami pun tak boleh nak buat apa sebab ayah dah cakap memang dia ada hutang orang-orang tu.

Cuma jumlah dia tak tulis. Jadi berapa jumlah orang tu cakap itulah kami bayar. Orang-orang yang tak kenal pun datang jugak, tapi kami ada cakap ayah tak cakap pun ada hutang dengan encik. Orang tu pun berlalu pergi saja la.

Ramai jugak la cuba-cuba mencuba nasib pow duit dari kami. Ada siap bawak saksi lagi. Orang rasa banyak duit kami dapat kot. Sampai ada khabar angin kata ayah dapat epf sejuta. Lawak pun ada bila kenang balik. Masa tu kalau tak silap, duit masih ada baki berapa ribu entah lepas selesai bayar hutang. Tapi kami tak guna langsung duit tu.

Sampai dah takde orang datang mintak hutang dah baru abang buat badal haji kat ayah, bayar zakat, buat wakaf dan sebagainya. Kira duit baki tu pun sedekah atas nama ayah ja. Saya pulak masa tu walaupun tak pandai mana, tapi saya habiskan juga la spm walaupun result tak cemerlang. Lepas tu ada sambung belajar kat giatmara.

Mak dan abang-abang nampak la happy juga walaupun saya sambung kat giat mara ja. Tapi kehidupan kami tak merubah apa pun. Masih hidup menyewa, sederhana tapi bahagia ja la. Cuma mak selalu berangan nak ada rumah sendiri.

Mak selalu kata sampai bila la nak menyewa. Mak ada rumah impian, tapi kami masih belum ada kemampuan nak beli rumah impian mak tu. Ujian dalam hidup selalu berganti kan.. Baru ja mak bercakap pasal rumah, tiba-tiba dapat berita duka rumah yang kami sewa hampir berbelas tahun ni kena kosongkan sebab tuan tanah nak jual tanah pada orang lain dah.

Tapi dalam kesulitan tetap ada kesenangan yang Allah sediakan. Bila Allah menginginkan sesuatu siapa mampu halang? Dalam pada kami dok cari rumah sewa baru, tiba-tiba datang satu lelaki tanya pasal arw4h ayah.

Katanya nak bincang pasal hutang. Kami cakap la dah berbelas tahun ayah meninggaI kenapa baru sekarang datang tuntut hutang. Dalam fikiran kami orang kalau cari ayah mesti nak mintak hutang la kan. Tapi rupanya dia bukan nak tuntut hutang, tapi nak bayar hutang.

Orang tu kawan kepada salah seorang kawan ayah yang lain. Kawan dia tu sekarang tengah sakit teruk kena strok. Kawan tu mintak orang ni cari kami sebab dia kata dulu masa muda dia ada tipu duit ayah. Tapi sekarang dia dah insaf.

Dia nak bayar kat kami dan mintak maafkan dia sebab dia pun dok nazak sekarang. Dia kata sebenarnya dulu plan nak buat bisnes dengan ayah, ayah ada bagi modal. Tapi dia tipu duit ayah. Dia tak bagi pun keuntungan tu pada ayah. Dia kata bisnes tu tak menjadi.

Cuma akhir-akhir ni hati dia selalu gelisah teringatkan hal tu. Allah jentik hati dia untuk cari kami. Akhirnya dapat juga jumpa kami. Mak pun masih ingat dia. Mak kata masa ayah meningaI dia kata ayah hutang dia 4 ribu. Tapi tak de rekod pun.

Pakcik tu diam ja menangis. Tak jawab apa-apa. Saya tak ikut masa tu. Jadi tak tahu la apa berlaku. Mak pun tak cerita panjang. Tapi amount yang dia bayar tu kami tak sangka sebanyak tu. Ingatkan 4 5 ribu. Rupanya 180 ribu.

Terkejut tak terkata kami. Sampai kami menafikan tak mungkin sebanyak tu. Tapi dia kata ye. Dia dah kira bahgian untung ayah surat lawyer semua ada.. Memang ni la bahagian ayah yang sepatutnya dia kata. Allahuakbar.

Tak tahu nak kata apa. Mak terima duit tu kalau itu dah bahagian kami. Memang mak tak tolak langsung dan kami pun tak bantah cakap mak kalau tu memang hak kami. Duit tu kami nak beli rumah impian mak. Setelah sekian lama saya tengok mak saya gembira sangat. Satu family kami happy. Tak habis-habis mengusik mak.

Rumah impian mak walaupun second hand, tapi tu la hadiah yang bermakna untuk kami. Orang yang hidup tanpa rumah sendiri ja faham macam mana perasaan nak ada rumah sendiri. Mak kata bukan sehari dua dia berdoa nak ada rumah sendiri, tapi lepas berbelas tahun baru Allah makbul.

Mak cakap satu ja, setiap ujian ada penamatnya. Kuncinya sabar redha dan percaya pada Allah. Itu la pegangan kami sampai bila pun. Walaupun kami susah, tak belajar tinggi, kerja biasa. Tapi Allah tetap bagi kami rezeki makan, rezeki adik beradik yang penyayang.

Saya bersyukur dari kecik kami susah, kami 4 beranak ni bersama-sama dalam susah senang tu. Tak pernah tingal satu sama lain. Selalu la lihat kelebihan kita, maka kesulitan kita ibarat macam nothing ja. Apa yang berlaku kat kami pun memang tak sangka langsung.

Tapi tu la hadiah dari Allah memang datang secara tak sangka. Akhir kata dari saya, mohon maaf la andai tulisan ayat tak sedap atau apa. Doakan la mak saya sihat walafiat dan panjang umur. Kami dah urus untuk rumah tu, tunggu dapat kunci dah boleh pindah barang. Terima kasih semua yang sudi baca.. Terima kasih tuan admin kalau sudi siarkan penulisan ni. – Hamba (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nurul Hidayah : Daripada cerita ni dapat belajar tentang redho, memaafkan dan bertanggungjawab melunaskan hutang-hutang si mati. Paling terharu macam mana pon perbuatan ayah tu mereka terima dan jaga.

YaNie HasLiey : Sangat-sangat amazing.. tahniah pada anda sekeluarga.. Allah maha melihat, maha pengasih.. Saya rase bukan takat duit 180k tu je awak skeluarga dapat terutama mak awak, tapi Allah bagi lagi berganda-ganda pahala selama bersabar dan tabah tu. Cara awak bercerita pun sangat bersahaja, telus daripada hati.. tahniah..

Nur Muhammad : Sedihnya baca sampai tak sedar air mata menitis.. hebatnya kuasa Allah tiada siapa boleh menidaknya. Yang rarenya hebatnya kesabaran yang Allah bg dekat family diorang 4 beranak.. semoga family diorang sentiasa dalam rahmatNya.

BACA: Suami gila cerai isteri masih bergetah demi janda anak lima, rupanya nak makan duit pencen