“Patutlah kemain rapat hubungan suami dengan adik aku, rupanya ini ‘projek’ dorang masa malam raya!

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Sumbang mahram yang merupakan perbuatan berhubungan badan dengan keluarga atau saudara sendiri semakin kerap kita dengari sekarang.

Kerana terpedaya dengan hasutan nafsu, segala haram halal diketepikan demi kepuasan yang sementara.

Lebih sedih apabila golongan dewasa mengambil kesempatan atas kenaifan remaja bawah umur.

“Patutlah kemain rapat hubungan suami dengan adik aku, rupanya ini ‘projek’ dorang masa malam raya!

Jam 12 malam, si abang ipar masuk bilik…Adik tidur di bilik tak berpintu, hanya langsir

Persis kisah 2018 yang dikongsikan semula oleh seorang peguam ini, dia mengimbau semula rekod prosiding jenayah melibatkan seorang lelaki didapati melakukan perbuatan jijik terhadap adik ipar sendiri (berusia 14 tahun).

Perkara terbabit bermula saat mereka sekeluarga pulang ke kampung dan tidur di ruang tamu.

Malam hari, dia telah menyelinap masuk ke dalam bilik remaja berkenaan dan mereka pun melakukan hubungan ranjang.

@shada_mazan “Seronok 5 Minit, Merana 30 Tahun”#aidilfitri2023 #peguammalaysia #puterisarahliyana #syamsulyusof #viewchin #ahmoi ♬ original sound – Lawyer Nur Shuhadah

Abang ipar sayang pada adik ipar, tak tahulah jika mereka bercinta dalam diam

Tidak cukup sekali, selang beberapa hari si abang ipar telah menyuruh gadis itu membelikan ubat kononnya tidak sihat.

Apabila sampai ke rumah lelaki itu untuk menghantar ubat berkenaan, 10 minit kemudian mereka sekali lagi terjebak melakukan ‘benda’ berkenaan di saat si kakak ipar sedang keluar bekerja.

Isteri curiga terbaca mesej suami dengan adik…Guna panggilan ‘sayang’

Penemuan bukti mesej mesra dengan panggilan ‘sayang’ akhirnya mendedahkan perbuatan mereka berdua.

Meskipun awalnya menafikan aib tersebut, si pelaku mengaku setelah berdepan sendiri dengan asakan isterinya.

Nikmat 5 minit yang dibuat tanpa berfikir panjang kemudiannya terbalas dengan hukuman penjara 30 tahun beserta sebatan.

BACA:Patutlah ramai antara kita lemah dalam subjek matematik, pakar ini jelaskan sebabnya