Lelaki ini buktikan berjaya tinggal di shopping mall selama 4 tahun, 1 sen sewa tak bayar!

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Michael Townsend, seorang lelaki membina sebuah apartmen tersembunyi di pusat membeli belah serta meletakkan sofa dan PlayStation di dalamnya.

Selama empat tahun, dia dan rakan-rakannya menggunakannya tanpa disedari oleh sesiapa.

Selama bertahun-tahun, tiada siapa yang perasan seorang lelaki tinggal di flat yang tersembunyi di tengah-tengah pusat beli-belah, sehingga pengawal keselamatan menemuinya.

Lelaki ini buktikan berjaya tinggal di shopping mall selama 4 tahun, 1 sen sewa tak bayar!

5 Pusat Membeli-Belah Dengan Dekorasi Raya Yang Awesome

Sebelum ini, Michael Townsend berpindah selepas diusir dari rumah lamanya kerana keputusan pemilik untuk membangunkan rumah lama tersebut dan menyebabkan dia tiada tempat untuk pergi.

Bagaimanapun, selepas mendengar iklan tentang ‘betapa indahnya jika dapat tinggal di pusat beli belah’ di Providence Place Mall di Rhode Island, beliau teringat tentang sebuah ruang kosong di dalam bangunan itu.

Townsend mengetahui tentang ruang kosong di pusat beli belah tersebut sejak tahun 1999 dan iklan tersebut didengarnya pada minggu Krismas 2003 .Oleh kerana curiga dengan ruang tersembunyi itu, dia melawat kembali ruang tersebut dan ternyata ruang tersebut masih lagi kosong walaupun sudah bertahun lamanya.

Mengetahui tempat tersebut sesuai untuk dirinya, jadi dia memutuskan untuk tinggal di situ bersama rakannya. Michael Townsend memutuskan untuk menghias sebuah bilik seluas 750 kaki persegi dengan sofa dan PlayStation.

“Perancangan asal adalah untuk pergi selepas masa yang singkat, tetapi rancangan baru adalah untuk tinggal di pusat membeli-belah,” katanya.

Menurut NBC News, Townsend dan rakan-rakannya juga membina dinding blok angin dan pintu utiliti untuk menyembunyikannya. Mereka berjaya tinggal di sana selama 4 tahun sebelum kegiatan mereka mula dihidu pihak pengurusan.

Sebelum ditangkap, Townsend mempunyai rancangan untuk memasang lantai kayu, bilik tidur kedua dan dapur di dalam ‘flat rahsianya’ itu. Walau bagaimanapun, akhirnya pengawal keselamatan menemui rumah rahsia yang tersembunyi itu.

Pada satu hari, Townsend mendapat rumah mereka telah ‘dipecah masuk’ di mana PlayStation, gambar dan beberapa alatan rumah lain telah hilang. Apa yang beliau tidak tahu ialah pengawal keselamatan di tempat tersebut yang berbuat demikian.

Akhirnya pihak pengawal bertemu juga dengan Townsend dan dia telah didakwa kerana menceroboh. Namun, Townsend berkata beliau tidak bersalah dan ‘setiap tingkah laku mereka dilakukan kerana mahu memahami pusat beli belah itu dengan lebih baik sebagai seorang pengguna.

Townsend bernasib baik tidak dikenakan hukuman berat terhadap ‘kesalahannya’ namun telah diharamkan untuk jejak kaki di pusat beli tersebut buat selamanya.

Setelah beberapa tahun, Townsend berkata beliau masih ‘teringin’ untuk kembali ke pusat beli-belah tersebut.