Nak kemaskini STR tapi lupa password? ini cara dapatkan semula password baru

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Semakan status kelayakan dan bayaran STR sudah boleh dibuat melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah.

Sekiranya anda mengalami masalah terlupa kata laluan STR / BKM yang digunakan dahulu dan masih tidak dapat mengakses akaun anda, sila ikuti langkah berikut.

Untuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.

Nak kemaskini STR tapi lupa password? ini cara dapatkan semula password baru

Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.

Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:

Layari laman web STR di pautan

lupa kata laluan str

  • Klik “Terlupa Kata Laluan”
  • Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
  • Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
  • Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
  • Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
  • Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
  • Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.

lupa kata laluan str

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

BACA: “Aku kat rumah, dengan belah perut, suami langsung tak fikir perasaan aku, aku baling fon dia sampai pecah, esok dia ceraikan aku”