Tempahan Proton S70 dah dibuka, ini spesifikasi S70 canggih yang ramai nak tahu

Oleh JUNITA ABD RAHIM

PROTON telah memperkenalkan model terbarunya di Tanjong Malim di suatu upacara yang telah dirasmikan oleh

Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Dato’ Hairil Yahri Yaacob.

Diberi nama Proton S70 serta tagline “Intelligence that Evolves”, sedan baharu ini dilengkapi teknologi keselamatan terkini, enjin turbo 1.5L dan tramissi 7-kelajuan DCT.

Tempahan Proton S70 dah dibuka, ini spesifikasi S70 canggih yang ramai nak tahu

Ia juga bakal membantu PROTON kembali ke pasaran sedan keluarga dengan kerjasama Geely, dan pra-tinjauan pelanggan bermula pada 11 November 2023.

Berikut dikongsikan info yang diperolehi tentang ProtonS70 untuk makluman bersama.

Tarikh Pelancaran Proton S70 Di Malaysia

S70 boleh dilihat dengan lebih dekat di beberapa lokasi utama di Malaysia bermula 11 November nanti.

Menurut sumber ada 3 model dibuka untuk booking iaitu Premium, Flagship and Flagship X.

Semasa pelancaran model Proton Saga facelift pada tahun 2019 lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Li Chunrong telah berkongsi gambar grafik menunjukkan perancangan Proton untuk mengeluarkan sebuah model baru setiap tahun sehingga 2023 nanti.

Setelah pelancaran Proton X70 pada tahun 2019 dan Proton X50 pada tahun 2020, dijangkakan pada tahun 2023 nanti Proton akan melancarkan model sedan baru yang dikenali sebagai Proton S70 bagi menggantikan Proton Waja atau Proton Preve.

Gambar-gambar yang kembali viral di media sosial sejak beberapa hari ini dikhabarkan diilhamkan oleh seorang pakar manipulasi grafik, Theophilus Chin yang telah memanipulasi rekaan model Proton S70 tersebut.

Menurut sumber, rekaan asal kereta ini menggunakan model kereta Geely Emgrand dan telah direka semula dengan memasukkan DNA Proton ke dalam kereta sedan ini yang berada di antara segmen B dan C.

Ini menguatkan lagi dakwaan di mana, sebuah kereta camouflage yang sedang diuji dilihat oleh orang awam menggunakan model Geely Emgrand.

Pada hari ini, 1 November 2023, segalanya terjawab setelah model tersebut diperkenalkan kepada umum buat pertama kalinya.

Gambaran Exterior & Interior
Rata-rata, ramai netizen meninggalkan komen positif dan tanda LIKE pada visual yang dikongsikan ini.

Join Channel WhatsApp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!

Sumber gambar: Careta
Pada bahagian gril hadapan beliau telah menggantikan vertical slats dengan rekaan Infinite Weave yang telah menjadi ‘trademark’ sejak model Proton X70 lagi.

Sumber gambar: Careta
Manakala pada bahagian bumper hadapan pula, Theo masih mengekal rekaan yang sama pada Geely Emgrand.

Trending sekarang
Pendaftaran Program Subsidi Upah PERKESO (Wage Subsidy)
Rekaan dalaman Proton S70 yang lengkap dengan paparan skrin infotainmen, digital instrumen kluster pada dashboard dan stereng lengkap dengan butang pelbagai fungsi.

Sumber gambar: Careta
Ruangan dalam kabin nampak lebih premium dan eksklusif dengan pengunaan tekstur kulit pada beberapa bahagian dalam kereta, sesuai dengan permintaan terkini di pasaran Malaysia.

Tentunya peminat Proton menjangkakan harga sedan ini lebih murah dan mampu milik untuk rakyat Malaysia berbanding model yang seangkatan dengannya.

Walaubagaimanapun, kita tunggu kenyataan rasmi dari Proton untuk mengetahui harga sebenar setelah ia dilancarkan secara rasmi nanti.

Tak mustahil kereta sedan ini akan menjadi rebutan ramai, kan?

Tempahan kini sudah dibuka di semua cawangan Proton, dengan yuran RM500 sahaja.