Founder bangga tayang duit banyak dalam tiktok, sekali LHDN datang komen

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Usahawan tunjuk duit ‘kepuk-kepuk’, sekali LHDN komen perliSejak kebelakangan ini, makin kerap golongan usahawan

Memuat naik video sedang mengira wang hasil jualan perniagaan mereka dalam kuantiti yang banyak.

Baru-baru ini, menjadi perhatian pengguna media sosial apabila tular sebuah rakaman yang memaparkan pasangan usahawan sedang memasukkan sejumlah wang dengan nilai RM1.45 juta ke dalam beg.

Founder bangga tayang duit banyak dalam tiktok, sekali LHDN datang komen

Menerusi perkongsian @farhanazahra91 di TikTok yang juga pengasas produk kecantikan, dia memaklumkan dengan tindakan memuat naik video sambil menunjukkan wang yang banyak mampu menarik perhatian pengguna lain.

“Tunjuk duit la baru ‘FYP’,” katanya.

Lebih menarik perhatian apabila admin Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) turut meninggalkan komen pada video tersebut seolah-olah memberi kata-kata memerli.

“Banyak duit itu, ada panggil kami tak,” tulisnya.

@farhanazahra91 Rahsia yang selama ni cikna simpan dari pengetahuan umum !! 7 tahun cikna disihir 7 tahun cikna ikhtiar berubat ! Sekarang cikna da penat , cikna mengalah!!!! Yg penah merasa tahu siksa nya macam mana 😭😭💔💔 #farhanazahra91 #farhanazahra #cikna ♬ original sound – Farhana Zahra

Sementara itu, rata-rata orang ramai merasa kurang senang dengan tindakan mereka apabila dikatakan riak dan segelintir pengguna mempertikaikan sama ada wang tersebut disalurkan untuk membantu orang lain atau tidak.

“Duit yang kita ada sekarang ini belum tentu kekal milik kita, moga pasangan ini lakukan sedekah juga untuk lebih berkat, bukan tayang duit semata-mata,” kata seorang pengguna.

Sehubungan itu, usahawan yang dikenali dengan panggilan Cik Na itu, membalas semula komen pengguna tersebut serta menunjukkan sebuah video lain memaparkan situasinya bersama beberapa pegawai sedang berbincang mengenai bantuan yang ingin disalurkan.

“Tengok video ini, kalau Cik Na tunjuk kata riak, bila tak tunjuk macam-macam andaian orang pada Cik Na,” tulisnya. K Online

Usahawan tunjuk duit ‘kepuk-kepuk’, sekali LHDN komen perli

BACA: “Ayah kaki hutang, masa ayah meninggal duit KWSP RM 120K ayah habis buat bayar hutang je sehinggalah ada lelaki datang mengaku kawan ayah”