Selalu dapat panggilan telefon dari pihak mahkamah, Jabatan Pengangkutan Jalan atau polis trafik yang mengatakan korang perlu bayar saman segera?
Kalau korang tak bayar, mereka akan ugut untuk menangkap korang. Betul ke pihak mereka yang buat panggilan?
Ha.. korang mesti pernah berada di dalam situasi ni kan sampai tidak tahu nak buat apa.
Peguam yang bernama Hafiz Baharuddin telah membuat perkongsian berkenaan cara bagi mengetahui sama ada panggilan atau mesej yang korang terima adalah sahih dari pihak berkuasa atau ia hanyalah scam.
Menerusi video perkongsian itu, salah seorang pengikutnya memaklumkan dia pernah menerima satu mesej daripada pihak mahkamah yang menyatakan bahawa ada saman yang telah didaftarkan di atas namanya.
Kemudian, pihak mahkamah telah memerintahkan dia untuk membayar saman tersebut kepada agensi yang telah dilantik oleh mahkamah untuk mengutip duit berkenaan.
Sebenarnya, ini adalah satu penipuan atau scam yang telah dibuat oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggunhjawab.
7 Tip bagi mengelak dari terkena scam atau penipuan online
@lawyersresponse SELALU DAPAT CALL dari mahkamah? Betul ke diorang yang call tu? #fyp #call #palsu #scam #mahkamah #abglawyer #tahukahkamu ♬ original sound – Abang Lawyer Hafiz Baharuddin
Yang pertama, mahkamah tidak akan mengambil duit daripada mana-mana syarikat awam atau agensi kerajaan lain.
Sekiranya, ada apa-apa bayaran kepada mahkamah, pihak mereka akan arahkan untuk membayar melalui sistem mahkamah yang betul.
Jika korang diperintahkan oleh mahkamah untuk membuat pembayaran hutang kepada orang yang menuntut hutang berkenaan, perintah mahkamah akan dikeluarkan.
Dalam pada itu, pada surat perintah mahkamah wajib mempunyai letterhead, nombor kes mahkamah, nama mahkamah yang membuat perintah berserta tandatangan hakim yang telah disahkan.
Nombor kes mahkamah juga boleh dicek dengan menelefon pihak mahkamah yang dinyatakan dalam perintah berkenaan.
Pihak mahkamah akan meminta nombor kad pengenalan korang dan nombor kes itu, sekiranya tiada kes didaftarkan bermakna ia adalah scam.
Jika ada sebarang tuntutan, agensi kerajaan akan menelefon korang dengan talian rasmi yang didaftarkan bagi jabatan untuk agensi tersebut mengikut daerah masing-masing.
Ha.. lepas ni kalau ada dapat panggilan mencurigakan seperti ini korang dah tau nak buat apa kan.
Terdahulu, peguam ini juga ada membuat perkongsian berkenaan 5 tip untuk menyelesaikan saman trafik korang di mahkamah.
BACA: Timbul dakwaan kes penceraian Syamsul Yusof dan Ira Kazar, sekali Yusof Haslam buka mulut