Datuk Yusof Haslam mengambil pendekatan enggan memberikan sebarang komen berhubung isu rumah tangga anaknya
Syamsul dan isteri Ira Kazar yang kini dikatakan kembali bergolak.
Kata Yusof, 69, dia enggan mengulas perkara tersebut kerana bimbang akan menggores hati dan perasaan anaknya itu.
“Lebih elok saya tidak komen. Kalau tersalah cakap nanti bimbang nanti dia terasa hati. Jadi saya diamkan sahaja.
Yusof dan Syamsul sudah lama tidak berhubung.
“Saya pun tak boleh nak bercakap banyak dia kahwin lain ke, cerai ke, sebab tidak tahu berita yang diperkatakan sekarang ini sahih atau tidak,” katanya ketika dihubungi mStar.
Terdahulu, rumah tangga Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, dan Ira Kazar kembali menjadi bualan apabila timbul gosip kononnya pengarah itu sudah melafazkan cerai melalui Whatsapp.
Dalam masa sama, Yusof juga memberitahu sukar untuknya mendapatkan sebarang kepastian berhubung perkara itu disebabkan Syamsul sendiri sudah lama tidak bertemu dengannya.
“Kami dah lama tidak berhubung. Isteri saya pun tak tahu mereka sudah bercerai atau berpisah.
“Isteri saya pun cakap lebih diam sahaja. Kalau saya bercakap lebih nanti timbul pula salah faham dan orang akan salahkan Syamsul,” ujarnya.
Saya pun tak boleh nak bercakap banyak dia kahwin lain ke, cerai ke, sebab tidak tahu berita yang diperkatakan sekarang ini sahih atau tidak
Sementara itu, Yusof berkata dia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anaknya itu meskipun pernah memberitahu hubungan mereka seakan sudah terputus.
“Sebagai bapa saya sentiasa kebahagiaan anak. Dalam solat sentiasa ada doa untuk dia,” luahnya.
Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau Faghirah Fatina Kazaruddin, 28, bernikah di Thailand pada 6 Januari lalu.
Syamsul dan Puteri Sarah sah bercerai pada Jun lalu.
Syamsul juga pernah berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah Liyana 8 Mac 2014 namun mereka sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.