‘Terima kasih buat saya tersenyum balik’, ucapan Fizi Ali buat isteri undang reaksi netizen

Oleh INFORAKYAT

Menerusi Instagram, penyampai radio yang baru mendirikan rumah tangga, Fizi Ali membuat ucapan manis untuk isteri tercinta sempena hari lahirnya.

Kata Fizi, dia masih ingat dengan janji isterinya, Siti Zulaiikha suatu ketika dahulu yang mahu mengembalikan senyuman di wajahnya itu.

Saya ingat satu janji awak. Awak akan buat saya tersenyum balik dan ye Alhamdulillah senyuman tu datang balik bila awak datang dalam hidup saya.


'Terima kasih buat saya tersenyum balik', ucapan Fizi Ali buat isteri undang reaksi netizen

Ruangan komen hantaran itu dipenuhi ucapan hari lahir warganet kepada isterinya yang mesra dipanggil Tiz dan ramai turut memuji kecantikannya.

Rata-ratanya turut mendoakan agar perkahwinan kali kedua buat Fizi ini berkekalan dan mereka berdua berbahagia sentiasa.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Fizi Ali (@fiziali_)

Dalam pada itu, segelintir individu berseloroh dan menyindir pihak belah sana dan bertanya mengapa Fizi tidak memaklumkan ‘hal’ ini kepadanya

BACA: “Suami guna kuasa veto ‘selangkah kau keluar dari pintu ni, jatuh talak 3’, aku terus melangkah keluarr tanpa menoleh ke belakang