Akhirnya terungkai misteri suara wanita meraung di hospital, dari sini rupanya suara tu

Oleh AHMAD SULAIMAN

Kejadian mistik dan seram boleh terjadi pada bila-bila waktu dan di mana-mana sekali pun,

namun terdapat beberapa situasi yang membuatkan rasa seram itu lebih terasa terutama sekali di lokasi seperti hutan, hospital dan kawasan yang ditinggalkan.

Perkara sebegini sangat sukar untuk digambarkan dengan kata-kata, seperti yang tular di TikTok baru-baru ini,

Akhirnya terungkai misteri suara wanita meraung di hospital, dari sini rupanya suara tu

Sebuah video yang memaparkan moment seram di sebuah hospital apabila kedengaran suara wanita meraung tanpa diketahui puncanya.

Klip pendek berdurasi 38 saat yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @bujanglajak8 itu membuatkan ramai netizen meremang dek kerana jeritan yang dirakamkan itu begitu jelas.

@bujanglajak8pesanan buat diri yg dlm ujian#

♬ bunyi asal – bujangku77

“Kerap terjadi di hospital, bunyi teriakan, menyamar jadi jururawat, pek darah berkurang, benda jatuh,” tulisnya dalam video itu.

Kedengaran jeritan itu seakan menyebut nama Allah, namun ianya tidak begitu jelas dan tidak dapat dipastikan teriakan misteri itu.

Menjengah ke ruangan komen, difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah hospital yang terletak di Sandakan dan ia dirakamkan kira-kira jam 3 pagi sebelum waktu subuh.

Apabila ditanya apakah ia suara pesakit, pengguna TikTok itu menjawab tidak kerana wad dalam rakaman itu ialah wad bagi pesakit yang kritikal dan memerlukan bantuan oksigen.

“Seram nak ke hospital ni…”

Video pendek itu membuatkan ramai netizen yang berasa seram dan tidak kurang juga ramai yang berkongsi pengalaman hampir serupa ketika berada di hospital

BACA: ‘Apa yang jadi sebenarnya?’ Fesyen Aizat Amdan dah macam Sam Smith undang persoalan netizen