Boleh dikatakan setiap hari kita menggunakan tandas untuk melakukan ‘urusan’ masing-masing.
Kebiasaannya, tandas dilengkapi dengan shower, tab mandi dan mangkuk tandas.
Bercakap mengenai mangkuk tandas, kita sering menjumpai dua reka bentuk iaitu mangkuk tandas secara cangkung dan mangkuk tandas secara duduk.
Sesetengah orang lebih memilih mangkuk tandas duduk di dalam rumah kerana ia menjadikan tandas rumah lebih kemas dan cantik berbanding mangkuk tandas bercangkung.
Pun begitu, penggunaan mangkuk tandas yang terlalu kerap berpotensi menyebabkan ia rosak atau tidak berfungsi dengan betul terutamanya mangkuk tandas duduk.
Lazimnya, reka bentuk ini sering mengalami pelbagai masalah seperti penutup mangkuk tandas longgar akibat sentiasa buka dan tutup. Perkara ini sedikit sebanyak boleh menggangu dan membuat pengguna kurang selesa sewaktu menggunakannya.
Berdasarkan video yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @jason_jezi mendedahkan masalah tersebut.
Menurutnya, sekiranya mangkuk tandas di rumah sering mengalami masalah ini, pemilik tidak perlu mengeluarkan modal untuk membeli penutup baharu. Hal ini kerana ia hanya longgar dan masih boleh digunakan seperti biasa.
Bagaimana Nak Betulkan Penutup Mangkuk Tandas Yang Longgar?
@jason_jezi Penutup tandas longgar, bukan rosak, jangan tukar dulu #TikTokGuru #jombelajar #tiktoktech #jezismart #ttsboleh ♬ Very cute melody by marimba tone(39813) – Mitsu Sound
Mudah sahaja, peralatan yang diperlukan hanyalah pemutar skru atau screw driver sahaja.
Langkah-Langkah
Langkah pertama, buka penutup mangkuk tandas ke atas.
Langkah kedua, tekan dua knob dan tarikh ke atas untuk mengeluarkan penutup mangkuk tandas.
Langkah ketiga, lihat pada dua kaki penutup tadi dan buka kedua-duanya.
Langkah keempat, ambil pemutar skru dan pusingkan skru yang berada di dalam kaki penutup itu.
Langkah kelima, pasang seperti biasa dan siap!
Semoga bermanfaat.
Baca juga : Pemain bola sepak Kedah luah rasa kecewa masih belum dapat gaji