Rupanya ini jenis patung yang ada dalam rumah Syamimia

Oleh AHMAD SULAIMAN

Syamimia seorang pempengaruh yang pernah menimbulkan konrtoversi sekali lagi menjadi bualan ramai apabila menjadikan patung dewa Yunani sebagai perhiasan di rumahnya.

Beberapa keping gambar memaparkan patung dewa ‘David’ yang terlihat ada di ruang tamu dan bilik tidur Syamimia.

Namun setelah diselidiki, patung tersebut adalah patung dewa Yunani iaitu Apollo yang cukup sinonim dengan perhiasan rumah.

Rupanya ini jenis patung yang ada dalam rumah Syamimia

Menurut seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Yaya Okita menyatakan orang Islam dilarang untuk menjadikan patung berkenaan sebagai bahan perhiasan rumah.

“Ah…..perkara yang menakutkan aku: apabila terdengar orang muda (terutama muslimah) cakap, “Kat mana nak beli patung hiasan TikTok tu eh?”

“Aku sangkakan patung tu patung David. Rupa-rupanya patung Apollo. Apollo, matt…

“Apollo tu dewa kepercayaan Yunani. Sedangkan kawan aku yang beragama Kristian & Hindu pun tak letak apa² patung klasik pun kat rumah mereka selain tuhan/dewa sembahan mereka.Takut, matt…,”katanya.

Beliau amat takut sebab tugas pempengaruh tu berat sebenarnya. Apa yang kau buat, apa yang kau tayang, akan ada yang ikut.

So, berhati-hatilah buat content, wahai warga pempengaruh, terutama sekali warga tiktokers yang deko rumah.

“Ni antara sebab aku tak nak jadi pempengaruh, tapi disebabkan terlalu ramai anggap aku begitu, aku hanya anggap ini opportunities untuk perbetulkan apa yang lagha, tanpa perlu tunjuk muka aku dalam live.

“Taklah. Aku tak salahkan orang yg tak tahu pun ini patung dewa. Cuma aku nak korang ingat nasihat aku: sebarang arca & patung Barat klasik tu majoritinya bertujuan keagamaan.

“Ini salah satu asbab kenapa tenaga pengajar aku (baik yang Muslim mahupun non-muslim) tak pernah jadikan arca barat klasik sebagai praktis melukis.

“Sebelum beli, google dulu. Kalau tak tahu nama patungnya apa, attach photo tu kat google image. Nanti google search-kan nama patung tu apa. Tapi terpulang pada individu masing-masing.

“Itulah pentingnya teori seni & sejarah seni, kau tahu? Meh la galakkan anak anda ambil subjek Pendidikan Seni Visual,”katanya.

Terdahulu, nama Syamimia menjadi bualan ramai susulan tindakannya tidak mahu berkongsi berkaitan Palestin di media sosialnya.

Ekoran itu, beliau menerima kecaman hebat sehingga terpaksa menutup ruangan komen pada setiap video serta mengalami penyusutan pengikut di akaun TikToknya.

Merujuk laman rasmi pejabat mufti wilayah persekutuan, hukum meletakkan patung di dalam rumah atau kereta sebagai perhiasan semata-mata adalah haram berdasarkan panduan hadis.

Melalui satu hadis yang diriwayatkan oleh Abi Talhah R.A, Rasulullah S.A.W telah bersabda dengan maksud:

“Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai anjing dan gambar patung.” Riwayat Bukhari & Muslim.

Namun perlu dilihat maksud patung tersebut, adakah ia patung yang dihormati, patung yang besar dan yang dipuja, maka ini jelas dilarang.

Bagaimanapun, patung mainan kanak-kanak kecil yang tidak diagungkan dan dimuliakan pula dibolehkan tetapi dengan syarat ia bukan patung yang besar.

Baca juga: Netizen dakwa Engku Emran bakal berkahwin dengan Fiza Halim, sekali ini respon tuan badan