‘Apa yang jadi sebenarnya?’ Fesyen Aizat Amdan dah macam Sam Smith undang persoalan netizen

Oleh AHMAD SULAIMAN

Penyanyi lelaki, Aizat Amdan sememangnya terkenal dengan karya-karya yang luar biasa.

Dia juga telah mengikuti jejak Yunalis Zarai atau Yuna dengan cuba berkarya di luar negara.

Namun, penampilan Aizat di konsert Yunaverse di Mega Star Arena telah mendapat perhatian ramai

'Apa yang jadi sebenarnya?' Fesyen Aizat Amdan dah macam Sam Smith undang persoalan netizen

apabila fesyen penyanyi berkenaan dikatakan mirip selebriti antarabangsa, Sam Smith.

Penampilan terbaru jadi perbualan

Menerusi perkongsian video yang diperoleh dari akaun TikTok ariaputerakamal, Aizat atau nama panggungnya bagi pasaran luar negara iaitu Ai.

@ariaputerakamalAizattt Amdan !!!

♬ original sound – Aria Putera Kamal

Z telah mengenakan pakaian berwarna biru serta seluar pendek silver membuatkan netizen terkejut.

Kenapa Aizat Amdan pakai tali pinggang WWE?

Sudah tentu fesyen berkenaan kelihatan asing buat para peminat penyanyi lagu Sungai Lui itu lebih-lebih lagi yang telah mengikuti penyanyi itu sejak dari program Akademik Fantasia dahulu.

Rata-rata komen di posting tersebut membahaskan tentang penampilan selebriti berkenaan dan mengaitkannya dengan Sam Smith iaitu penyanyi asal United Kingdom.