Hanya kerana berperwatakan lembut, lelaki ini ditertawakan sekumpulan lelaki ketika menunaikan solat di sebuah surau

Oleh JUNITA ABD RAHIM

VIDEO luahan hati seorang individu yang mendakwa ditertawakan sekumpulan lelaki ketika mahu menenunaikan solat di sebuah surau meraih perhatian ramai.

Menerusi video itu, Ikram Hamid atau lebih dikenali sebagai Jelly Belly berkongsi kisah tersebut

Dia yang dikatakan berlaku di surau sebuah hospital swasta di Pahang, Khamis lalu.

Hanya kerana berperwatakan lembut, lelaki ini ditertawakan sekumpulan lelaki ketika menunaikan solat di sebuah surau

Hanya kerana berperwatakan lembut, lelaki ini ditertawakan sekumpulan lelaki ketika menunaikan solat di sebuah surau

“Assalamualaikum. Saya nak bagi satu pesanan untuk rakyat Malaysia yang suka pergi surau, yang suka pergi masjid. Kalau nampak orang macam saya… pondan atau bapuk yang pergi masjid, tolonglah jangan gelakkan dia. Tolong jangan ketawakan dia.

jelly3

“Kita nak pergi menghadap Allah ni kan, takkan la nak gelak. Nampak pondan sikit terus gelak. Janganlah macam tu, doa je baik-baik.

“Mana tahu kita orang boleh potong rambut macam korang ke, kita orang boleh pakai serban ke. Tak chill, sedih sangat saya rasa. Kenapa orang nak ketawakan kita pergi solat,” ujarnya dalam nada sebak.

@jellybelyyy tolonglah orang yang pandai ilmu agama kemukan jawapan anda di komen 😔 #fyp ♬ original sound – Jelly Belly

Ketika dihubungi mStar bagi mendapatkan gambaran sebenar, Jelly menyifatkan situasi seperti itu adalah cabaran bergelar lelaki lembut di Malaysia.

Kata Jelly, dia terkilan dengan kejadian itu namun tak patah semangat untuk ke surau atau masjid pada masa akan datang.

“Saya berada di hospital untuk melawat kakak. Masa tu waktu Asar, dah agak lewat. Saya masuk ke surau hospital, tiada sesiapa pada waktu itu dan saya solat seperti biasa.

“Masa nak keluar, ada tiga ke empat orang lelaki macam tehcnician, mereka masuk ke surau dan pandang saya dengan pelik. Saya senyum je la apabila orang masuk, kemudian saya tunduk dan keluar.

“Mereka ketawa berdekah-dekah, dia mention bapuk weh. Dia gelak-gelak. Masa tu saya berpakaian normal. Saya pakai kurta lengan pendek. Mungkin sebab saya berisi, mereka nampak shape badan saya, nampak ke arah dia fikir yang saya ni perempuan,” ceritanya.

Teruskan berdoa untuk orang macam saya serta umat Islam yang lain, moga kita jadi sahabat di syurga.
JELL
Menurut anak kelahiran Pekan, Pahang yang berusia 30-an itu, dia sejujurnya terkilan dengan situasi berkenaan, namun menganggap ia sebagai ujian yang perlu dilalui dengan tenang.

“Ikutkan memang dah fed up. Dah banyak kali orang pandang pelik. Memang sangat terilan. Walaupun pakai kopiah, tetap orang pandang-pandang. Tapi nak buat macam mana. Sebagai orang Islam, ini ujian untuk saya.
jelly2

“Kepada orang luar, sebagai Muslim, berdoalah untuk orang macam saya. Apabila pergi solat, janganlah gelakkan kami. Sekarang pun dah masuk fasa endemik, kalau nak salam pun boleh.

“Kepada golongan lembut macam saya, janganlah pula kita ke surau dalam keadaan tak sepatutnya. Orang selalu pandang kita sebagai simbol kepada sesuatu, tapi saya tetap akan bawa agenda kebaikan, nak tunjuk yang kami juga orang baik, bukan semua buat kerja tak elok,” ujarnya.

Dalam pada itu, Jelly yang mengusahakan bisnes produk kecantikan turut terharu apabila video yang dikongsi di aplikasi TikTok meraih sokongan ramai, malah dia turut dihujani dengan kata-kata semangat daripada netizen.

“Ramai yang positif di TikTok. Walaupun saya faham rakyat Malaysia tak berapa suka golongan macam kami, saya akan terus bawa aura positif. Saya makin bersemangat apabila ramai yang komen baik-baik.

“Terima kasih Allah kerana hadirkan orang yang baik-baik menerusi TikTok, saya hargai sangat-sangat. Teruskan berdoa untuk orang macam saya serta umat Islam yang lain, moga kita jadi sahabat di syurga,” ujarnya lagi.

BACA:Budak 6 tahun ditemui maut dalam mesin basuh di Ipoh, terkejut bila tahu punca sebenar