Kisah yang ingin dikongsikan ini sebenarnya pernah tular beberapa tahun yang lalu.
Bukan sahaja mendapat perhatian warganet, malah beberapa pihak turut terpanggil untuk membantu.
Akibat desakan hidup, seorang penuntut sebuah kolej telah ‘mencuri’ duit di dalam tabung yang dipercayai tabung masjid milik kolej berkenaan berjumlah RM7.85.
Apa yang membuat ramai berasa sebak adalah, individu terbabit telah meninggalkan nota mengambil duit berkenaan akibat kelaparan selepas beberapa hari tidak makan, malah berjanji akan memulangkannya semula.
” Assalamualaikum semua, saya pinjam duit tabung masjid RM7.85. Maaf saya dah tiga hari tak makan sebab saya tiada duit. Insyaallah dalam masa terdekat saya akan ganti balik.
” Saya salah seorang penuntut kolej ini, terima kasih. Semoga Allah merahmati anda semua. Doakan saya kuat.” tulis individu terbabit.
Rata-rata warganet berasa cukup terkesan dengan keperitan hidup yang dialami penuntut terbabit, malah ada yang tidak menjangka apa yang berlaku itu benar-benar terjadi dalam masyarakat kita.
Seorang individu telah tampil berkongsi pengalaman serupa yang terjadi kepadanya ketika bergelar mahasiswa yang telah membuka mata orang ramai.
” Hiinanya rasa bila xberduit..
” Kisah kesempitan duit pasti ramai yg melaluikan? Tambah-tambah zaman tengah belajar dulu. Saya dulu-dulu zaman belajar pernah beberapa kering terus duit di poket. Roomate pun sama jugak. Maka meloponglah kami berdua mengenang perut yg berkeroncong minta diisi.
” Pergi ketuk bilik sebelah, mengenangkan member-member sebelah orang berada. Mintak pinjam duit, bukan banyak pun. Rm10 jer nak buat beli makanan. Tapi kena tolak mentah-mentag. Masa tu rasa terhina sangat-sangat. Terus set dalam hati, sampai m4ti pun aku takkan cari kau untuk pinjam duit!
” Balik ke bilik,gotong royong dengan roomate, angkat tilam,buka laci, cari bawah katil kot kot ada syiling-syiling yang jatuh. Jumpa beberapa keping, kalau jumpa syiling yg besar (50 sen) rasa gembira yg amat. Total yang jumpa ada la dekat rm3. Pergi kedai mamak beli sebungkus nasi lauk sardin,nasi lebih,balik bilik kongsi berdua.
” Selamat untuk tenghari tu,masih ada beberapa hari sebelum masuk elaun. Hari-hari seterusnya kami survive dgn makan tebu dan minum air jer.. Nasib baik warden asrama tanam tebu kat bawah, boleh kami yang tak berduit ni tumpang rembat bila kelaparan.
” Kejadian yang sama berulang berkali-kali sepanjang zaman kami belajar. Meminjam dengan kawan sebelah? Tidak sesekali! Cukuplah sekali rasa terhina itu terpalit dimuka ini.
” Cikgu-cikgu mesti banyak pengalaman kesempitan wang kan? Namun setakat ni tak pernah lagi saya ambik duit masjid, tapi budak ni bagus. Jujur dan ambil hanya untuk lepas makan minum jer.
” Wang bukan buleh bawa m4ti pun, tapi kalau tanpa wang terasa amat hinanya diri meraih simpati orang..”, akhiri individu tersebut yang kini bergelar seorang guru.
Diharapkan perkongsian ini dapat membuka mata kita semua supaya sentiasa cakna terhadap masyarakat sekeliling dengan sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
BACA: Patutlah laris semacam kedai sate ini, pemilik kedai dedah 60 tahun tak basuh periuk sos sate