“2 tahun kahwin, aku mual dan pening-pening, mak mertua paksa aku jumpa bomoh, aku tak sangka bomoh tu percaya pecahkan rahsia aku dan suami”

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Mertua percayakan dukun, bomoh berbanding doktor. Selesai mengurut perut dan bahagian tertentu di pinggang aku,

Bomoh tu pecah rahsia dekat mak mentua dan kak ipar aku.

Masing-masing tercengang bila hal aku dan suami terbongkar. Kak ipar ambil kesempatan canang aib kami dekat semua orang..

"2 tahun kahwin, aku mual dan pening-pening, mak mertua paksa aku jumpa bomoh, aku tak sangka bomoh tu percaya pecahkan rahsia aku dan suami"

Nama aku Suhaila dan aku seorang wanita yang telah berkahwin selama 5 tahun dan belum dikurniakan cahaya mata.

Umur aku lingkungan 20an, manakala suami aku 30-an. Perbezaan umur kami adalah 10 tahun, tetapi disebabkan aku seorang anak kelahiran utara yang memiliki wajah sedikit garang dan matang, kami berdua kelihatan seperti sebaya.

Walaupun begitu, selalunya suami aku yang sering menerima pujian dari orang bahawa dirinya tampak lebih muda dari aku. Memang muda dan manis jika nak dibandingkan dengan umurnya yang sebenar. Penampilanya yang agak tampan, juga sering mencuri tumpuan mata gadis-gadis muda di luar, walaupun ketika itu aku turut berada di sebeIahnya. Aku okay, malah bangga lagi adalah. Haha.

Kami memulakan alam perkahwinan kami di rumah mertua aku, di mana terdapat 2 pasang lagi pasangan kelamin, iaitu abang dan kakak suami aku. Turut ada di dalam rumah itu, adik lelaki bongsunya yang berumur sebaya aku.

Alhamdulillah, untuk tempoh tahun pertama aku diberi kesempatan untuk merasai kehidupan sebagai seorang menantu kesayangan mertua. Tetapi, sudah pasti jika ada yang menyayangi kita, pasti ada yang membenci juga.

Tidak lain tidak bukan, berstatus kakak ipar dan biras adalah musuuh turun temurun seorang menantu perempuan (tidak semuanya). Perkara ini aku mula sedari apabila mereka sering menyindir aku yang masih belum dikurniakan anak seperti mereka.

Dan yang lebih teruk sekali, mereka sindir aku ketika itu tanpa mengetahui hal yang sebenarnya, iaitu aku seorang perempuan yang masih ‘suci’. Ya! Aku masih lagi seorang perempuan ‘suci’ sehingga kini dan aku masih belum ‘disentuh’ oleh suami aku.

Kalian pasti pelik dan hairan kan? Tak mungkin kucing hanya melihat ikan di depan mata, tanpa memakannya. Begitu juga aku sepanjang tempoh 5 tahun ini. Pada mulanya, aku beranggapan bahawa kami masih malu dan segan.

Almaklumlah, tempoh perkenalan kami juga singkat dan tidak sampai setahun, terus nikah. Sudahlah tidak pernah dating berdua, hanya berhubung melalui Whatsapp dan call sahaja. Dalam tempoh kurang dari setahun itu, adalah 2-3 kali berjumpa, itupun untuk cari baju akad nikah dan barangan hantaran kahwin.

Jadi, kami sepanjang perkenalan sebelum kahwin adalah singkat dan tidak mengenal sepenuhnya per4ngai dan rahsia masing-masing lagi. Tambahan pula, Fendi seorang yang agak pemalu dan kurang bercakap. Aku pada mulanya tidak mengambil kisah kami berkeadaan sebegitu.

Selagi dia masih menjalankan tanggungjawabnya yang lain dengan sempurna, aku okay. Lagipun, kami berdua telah bersetuju untuk beri masing-masing masa tentang perkara ini. Tetapi, keadaan menjadi teruk apabila campur tangan kakak ipar, Rita (bukan nama sebenar), dan biras aku, Hidayah (bukan nama sebenar).

Mereka berdua sering berkomplot untuk memalukan aku di depan ahli keluarga lain, dengan membangkitkan soal zuriat. Namun rahsia kami tidak lama dapat kami sorok. Ketika itu, usia perkahwinan kami baru mencecah dua tahun.

Sepandai-pandai kami menutup rahsia, akhirnya terbongkar jua. Ini terjadi ketika aku datang bulan dan mengalami pendarahan melampau (heavy flow), lain dari rutin aku datang bulan. Seperti perempuan lain, aku turut mengalami mual, pening dan selera makan bertambah, tak seperti selalunya.

Tambahan lagi, aku mengalami sengugut yang berpanjangan hingga tidak boleh bangun dari tempat tidur. Tanpa aku sedar, ini membuatkan ibu mertua aku mengesyaki bahawa itu mungkin tanda-tanda bawaan budak di dalam rahim aku.

Keadaan semakin buruk apabila ibu mertua aku mula memanggil bidan kampung yang merupakan saudaranya untuk memeriksa aku. Untuk pengetahuan, keluarga suami aku amat percayakan dukun, bomoh, bidan berbanding doktor dan ubat-ubatan moden.

Walaupun ada yang benar, tetapi bagi aku itu semua kebetulan dan atas izinNya jua. Bagi aku pula, itu semua kuno dan lapuk. Aku menegaskan bahawasanya aku datang bulan, tetapi ditolak mentah-mentah oleh ibu mertua aku.

Katanya, datang bulan juga ada yang boleh mengandung, dan kandungan itu digelar ‘Bunting Rimau’. Entahlah, aku tidak soal banyak, sebab cengkaman senggugut turut membuat aku letih dan aku perlukan tidur sahaja tika itu.

Dipendekan cerita, setelah selesai sesi mengurut perut dan bahagian tertentu di pinggang aku. Mak Jah (bukan nama sebenar) mengesahkan aku masih dara dan aku cuma mengalami sakit sengugut sahaja. Terkedu Kak Rita, Hidayah dan ibu mertua aku, tatkala mendengar penjelasan Mak Jah. Aku turut terkejut.

Entah urat apa pada pinggang aku yang menunjukan aku masih suci dan ilmu apalah yang dipakai oleh orang tua itu sehingga mampu membuka rahsia keperawanan seseorang. Masing-masing masih tercenggang dan cuba untuk menghadam penjelasan tadi.

Setelah hampir 2 jam aku diperlakukan seperti pesalah yang disiasat, akhirnya mereka akur dan percaya apa yang aku dan Fendi tanggung selama ini. Habis kesemua adik beradik suami aku dihubungi oleh Kak Rita untuk memaklumkan keadaan kami selama ini.

Ada yang memahami dan ada yang menunding jari. Sudah pasti akulah tundingan itu dihalakan. Tidak pandai berhias, terlalu pentingkan kerja dan paling pedih, menuduh bahawa aku tidak mahu mengandungkan zuriat Fendi, kerana aku masih muda dan hanya mahu seronok di usia sebegini. Sungguh lapuk dan kolot pemikiran mereka.

Selepas kejadian itu, aku dan Fendi sering dibawa ke merata ceruk negeri, kononnya untuk ikhtiar dan berubat tentang masalah kami. Habis dukun, bomoh dikejar. Habis bomoh, bidan dikejar. Malangnya, kami masih sama dan yang berbeza hanyalah perasaan aku terhadap Fendi.

Aku penat untuk mandi pelbagai jenis bunga dan buah, penat untuk diurut, diulit badan aku dengan tangan bomoh-bomoh yang entah benar atau palsu. Duit kami banyak habis sebab terpaksa bayar pada bomoh walaupun penyelesaian masih tiada ujungnya.

Ketika itu aku tertanya-tanya, di manakah sifat seorang suami yang harus melindungi isteri tatkala sering disalahkan dan dijaja kekurangan oleh keluarganya sendiri? Fendi ketika itu hanya banyak mendiamkan diri dan meminta aku untuk sabar sedikit waktu lagi.

Dia meminta aku untuk bertahan demi perkahwinan kami yang entah apa pengakhirannya nanti. Aku akur dengan permintaanya kerana aku masih sayangkan dia. Keadaan aku di mata mertua semakin buruk, apabila Kak Rita mengatakan dia telah cuba berubatkan keadaan kami pada bomoh Jawa, dan disahkan bahawa hanya aku yang bermasalah dan membuatkan Fendi tidak berkeinginan terhadap aku. Allahuakhbar.

Malam itu, wajah aku buat pertama kalinya, ditunding oleh ibu mertua aku, dengan mengatakan, “Kaulah masalahnya. Bukan keturunan aku bermasalah!”. Pedihnya kata-kata itu sehinggakan terasa seperti menikam ke dalam hati, namun yang mengalir keluar hanyalah airmata. Aku menangis jua. Aku sangat sedih.

Selepas kejadian itu, kami membuat keputuusan untuk berpindah keluar dari rumah itu. Baginya, keadaan hubungan kami sebelum ini adalah baik sebelum campur tangan orang. Walaupun kami keluar dalam keadaan tidak baik, namun Fendi tetap mengunjungi rumah itu seperti biasa, kerana tanggungjawabnya sebagai anak lelaki masih ada.

Kak Rita dan Hidayah akhirnya tenang dengan ketiadaan aku dari pandangan mereka. Yalah, sudah kembali menjadi anak kesayangan ibu mertua aku. Manakala aku, Fendi haramkan aku menjejakkan kaki ke rumah mertua, melainkan melibatkan kematian.

Aku akur walaupun aku merasakan ini bukanlah jalan terbaik untuk menjaga perasaan aku. Seperti ada yang masih belum dibereskan lagi. Kini, kehidupan kami semakin baik walaupun tatacara hidup kami seperti rakan serumah.

Yang berbeza hanyalah kerana mempunyai sijil nikah. Tanggungjawab Fendi semakin bertambah, kerana dia sendiri yang rela untuk melakukan semua tugas-tugas aku, atas dasar dia kekurangan di bahagian lain. Dari memasak, membasuh sehingga masa untuk aku bersendirian (me time) turut dia berikan.

Nikmat apa lagi sebagai seorang isteri yang mahu aku dustakan? Bahkan aku tidak mahu bekerja juga dia benarkan, kerana dia mampu untuk menanggung aku. Tetapi, aku memilih untuk bekerja kerana aku masih muda dan aku perlu ada aset aku sendiri walaupun Fendi telah menyediakan segalanya.

Senang cerita, aku bebas mahu berbuat apa, asalkan aku kekal sebagai isteri dan sedar batas aku dan kepercayaanya pada aku. Kalian pasti ada memikirkan, bahawa adakah aku tidak berusaha untuk menamatkan status ‘Suci’ kami itu?

Sudah beribu kali aku mencuba, sehinggakan Fendi pernah merajuk dari aku seminggu, tidak tidur sebilik. Bilangnya, aku seperti cuba memaksanya, sedangkan dia belum sedia. Berbincang? Jangankan bincang, pembentangan juga telah aku lakukan sehabis baik. Haha.

Kadang-kadang aku terfikir, adakah Fendi nafsunya songsang? Jujur, dia tak menunjukan langsung minat ataupun kecenderungannya terhadap kaum sejenisnya. Aku selalu periksa telefonnya untuk mencari sesuatu yang mungkin dia sedang rahsiakan.

Malangnya, semua benda itu tiada langsung seperti cuba untuk disorokkan dari aku. Aku boleh buka dan periksa bila-bila masa pun. Dari akaun bank sehinggalah ke emailnya, semua aku selidik. Masih lagi bersih dan tiada yang mencurigakan.

Aku pernah berharap agar dia curang dengan perempuan lain di belakang aku, agar aku senang menguruskan hubungan kami. Fikir aku, biar aku tak perlu menjadi sebagai penghalangnya serta aku dapatlah menjalani hidup aku pula.

Walaupun pahit, aku benar-benar berharap akan ada penghujung jalan cerita kami ini. Sekarang, aku penat dan pasrah atas ketentuanNya. Aku redha Fendi ditakdirkan untuk aku kekal sebagai suami, walaupun kami lain dari pasangan suami isteri yang lain.

Aku redha dan rela untuk senafas dengan dia, kerana aku dapat rasakan kasih sayang dia pada aku ikhlas, walaupun kami berkeadaan seperti ini. Biarlah masa dan takdirNya saja yang tentukan pengakhiran kami bagaimana.

Cuma doa aku, semoga aku dapat juga merasakan perasaan menjadi wanita dan ibu. Amin. Terima Kasih kerana sudi membaca kisah aku, Isteri Yang Masih Suci. – Suhaila (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Anita Kamaruddin : Macam ni pun ada. Hmmm. Macam-macam ujian manusia. Berlainan mengikut kemampuan masing-masing. Tapi kalau TT dah pakai seksi-seksi, dah goda suami, atau berpeIukan je atas katil, suami tetap tak naik, itu bukan masalah suami TT belum bersedia tapi memang dia ada masalah er3ctile dysfunction atau gei. Itu je cite dia. Ajak dia pergi jumpa doktor atau kaunselor.

Nazrah Zara Mohd : Suami m4ti pucuk. Ada masalah berkaitan batin, jumpalah doktor pakar untuk selesaikan masalah ini. Kita kahwin untuk halalkan nafsu. Maaf cakap, itu salah satu Islam suruh kita berkahwin ya dan diiringi tanggungjawab lain.

Risau juga kalau suami Puan ada trauma sewaktu kecil, sama ada pernah diliwa*, mo*est dan sebagainya. Semoga Puan tabah dan sabar menghadapi dugaan ALLAH ini. Saya tak berani nak kata Suami Puan ini ge*. Minta-minta bukanlah ya. Berbincang dengan suami, selami hati suami . Semoga Allah berikan penyelesaian yang baik.

Farahin Nas Rodin : Kalau suami betul sayangkan awak, dia takkn s3ksa awak suhaila. Dia akn berusaha untuk bersama awak. Seperti manusia biasa, isteri juga ada nafsu. Balik semula kepada kenapa Islam galakkan kita berkahwin.

Awak msih muda, jangan sia-siakan hidup kita. Awak juga perlukan belaian suami, nak ada zuriat. Jika dia tak mampu daripada segi zahir @ batin, tolong teruskan kehidupan awak.

Kita perempuan ada limit untuk mengandung. Jangan nanti dah tua, umur dah banyak baru nak angkat kaki

. Waktu tu mungkin dah takde nak kat awak, lagi derita awak nanti. Dalam perkahwinan perlukan effort dua hala. Pikir-pikirkan.

BACA: Tular video kanak-kanak tercampak keluar kereta, dilanggar 2 kenderaan lain undang reaksi netizen