Saya wanita berumur 25 tahun, Saya sudah berkawin. Suami saya seorang lelaki yang baik dan tahu jaga agama serta bertanggungjawab tapi tidak romantik.
Kami kawin atas pilihan keluarga. saya bekerja di sebuah company ternama dan isu yang diceritakan ni maybe agak biasa pada zaman sekarang ni.
Kisahnya bermula saya bercinta dengan seorang polis bantuan ditempat kerja tapi masalahnya lelaki itu sudah berkahwin
Dan isterinya pula bekerja setempat dengan saya cuma dibahagian lain.
Saya bercinta dengan dia sudah nak masuk 2 tahun dan selama ni kami bercinta diluar lokasi kerja sahaja dan takde sesiapa pun tahu sebab kami merahsiakannya atas dasar profesional kerja.
Saya nak tinggalkan dia tapi terlalu sakit sebab saya betul-betul sayangkan dia dan dia pulak tak nak lepaskan saya langsung dan sejujurnya kami pernah ‘bersama’.
Dan sekarang dia ajak saya berkahwin tapi dia tak menjanjikan harta benda mewah cukup yang wajib je. Saya masih berbelah bagi sebab perasaan sayang terlalu kuat tapi dalam masa yang sama saya sayangkan suami dankeluarga saya, taknak mengecewakan mereka.
Lelaki tu bagi tahu dah memang jodoh kita dengn cara macam ni tapi saya sedar semua ni salah tapi saya sendiri terikat dengan nafsu dan cinta dia.
Selain dari kecaman saya jugak berharap kata2 positif untuk saya bangkit.
BACA: PU Abu bakal cerai kedua-dua isteri undang reaksi warganet