Abang kepada Muhammad Izzat Abdul Wahab, lelaki yang meninggal dunia dalam tahanan imigresen Myanmar pada 14 Oktober lalu
Mereka menzahirkan rasa terkilan kerana tidak mengetahui langsung keberadaan adiknya di Thailand.
Menurut Muhammad Hasmanizam Abdul Wahab, 45, adiknya yang juga anak bongsu daripada lapan beradik
Dan tidak memaklumkan kepada keluarga tentang pemergiannya ke negara tersebut.
Difahamkan juga, adiknya yang berusia 28 tahun itu pergi ke Bangkok, Thailand pada 7 Oktober lalu.
“Memang adik langsung tidak beritahu kami sekeluarga pemergiannya ke sana (Bangkok).
“Adik hanya beritahu pada isterinya untuk mendapatkan alat ganti kereta dan memang tidak beritahu langsung kepada saya dan ahli keluarga lain.
“Saya ada telefon pada 11 Oktober lalu tapi dia hanya beritahu ada di Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Bagaimanapun, mangsa yang berasal dari Tanjung Lumpur, Kuantan berjaya diselamatkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Myanmar.
Semasa kejadian berlaku, mangsa yang menaiki penerbangan ke Bangkok telah diculik kemudian dibawa ke Myanmar melalui jalan darat.
BACA: Kereta Jatuh Ke Dalam Cerun & Terbakar, Lelaki Ditemukan Rentung
Dengan bantuan rakyat Malaysia, wakil Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO) berjaya mengubah keadaan dengan menyelamatkan mangsa di sebuah hotel di Myanmar sebelum diserahkan kepada imigresen Myanmar.
“Adik saya dihantar ke tahanan imigresen bagi tujuan soal siasat dan proses mahkamah sebelum dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh dua hari menjadi tahanan.
“Menurut laporan perubatan di Myanmar, adik saya disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung tetapi ikutkan dia tidak menghidap sebarang penyakit sebelum ini,” katanya.
Dalam pada itu, Muhammad Hasmanizam turut mengatakan akan ke Myanmar bagi urusan pengebumian adik bongsunya di Yangon pada Jumaat ini bersama adiknya, Mohd Asmawi, 43.
Keadaan yang terjadi secara mengejut itu memaksa untuk Muhammad Hasmanizam dan keluarganya redha meskipun sedih dengan nasib yang menimpa adiknya.
“Adik memang rapat dengan saya, dia seorang yang ceria, suka membantu dan rajin bekerja. Pelbagai kerja dilakukan untuk mencari rezeki termasuk menjadi penghantar makanan,” ujarnya.
Mangsa meninggalkan dua anak lelaki berusia enam dan empat tahun dan seorang balu