Polemik isu akad nikah Sabri Yunus dan Angeline Tan, ini penjelasannya

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Polemik Isu Akad Nikah Sabri Yunus: Suatu Perbahasan Ringkas

Disediakan oleh: Unit Buhuth Promediatajdid  Viral video mufti Perlis menikahkan Sabri Yunus.

Video itu menjadi polemik disebabkan ada sesetengah pihak jarang melihat sesuatu yang berbeza daripada amalan kebiasaan mereka.

Polemik isu akad nikah Sabri Yunus dan Angeline Tan, ini penjelasannya

Yang menarik dalam majlis itu adalah:

– Pengantin lelaki dan Kadi tidak bersalam ketika ijab qabul.

– Tidak mensyaratkan akad dengan hanya satu nafas seperti amalan masyarakat.

– Sabri Yunus hanya menyebutkan:

“Saya terima dengan seperti yang disebut”

Tanpa beliau menyebut lafaz panjang lebar seperti mahar, nama pengantin dan lain-lain.

2. Perbuatan ijab qabul dilakukan dalam video itu sah disisi ulamak Islam Ahli Sunnah Waljamaah.

Disebutkan dalam al-Mausuah al-Fiqhiyyah hlm 238:

عند الشافعية لا يكفي أن يقول الزوج: قبلت فقط، أو رضيت فقط، بل لا بد أن يقول: قبلت نكاحها، أو رضيت نكاحها، فإذا لم يقل ذلك لم ينعقد النكاح على المذهب.

وعند جمهور الفقهاء – الحنفية والمالكية والحنابلة وقول عند الشافعية – يكفي أن يقول الزوج: قبلت أو رضيت وينعقد النكاح بذلك.

“Di sisi mazhab Syafie tidak memadai (tidak sah) jika pengantin mengucapkan «aku terima» atau «aku redha» begitu saja.

Pengantin hendaklah menyebutkan «Aku terima nikahnya» ataupun «aku redha dengan menikahinya».

Jika tidak menyebutkan sebegitu maka nikah tersebut tidak sah menurut pandangan mazhab.

Di sisi jumhur (majoriti ulamak) fuqaha daripada al-Hanafiah al-Malikiah al-Hanabilah dan satu qaul daripada Syafieyah memadai (sah) sekiranya pengantin lelaki menyebut «aku terima» atau «aku redha». Nikah tersebut sah”

[Rujuk: al-Mausuah al-Fiqhiyyah hlm 238]

Pernikahan sebegini sah menurut ulamak Ahli Sunnah Waljamaah.

3. Akad nikah tidak disyaratkan satu nafas terus direct disambung disambut oleh pengantin lelaki setelah kadi menyebutkan ijab tanpa diselangi walau 1 saat pun. Tidak diwajibkan begitu.

Pemahaman begitu kerana salah faham dalam memahami ibarat (teks) kitab:

“إتصال الإيجاب بالقبول”

Maksud ulamak mazhab Syafie mengatakan tidak sah akad itu adalah sekiranya pengantin lelaki diam dalam tempoh yang LAMA setelah ijab oleh kadi.
فسكت الزوج مدة الطويلة

“Suami diam dalam satu masa tempoh yang panjang (lama)”

Adapun kalau diam disebabkan bersin atau batuk sekejap saja tidak memberi kesan pada sah atau tidak hal tersebut.

Tidak ada apa-apa masalah. Jangan sukarkan pengantin dengan masalah satu nafas.

4. Pernikahan Sabri Yunus ini dapat membuka pemikiran rakyat Malaysia bahawa lafaz ijab qabul akad nikah ini bukan perkara yang sukar atau sulit.

Tidak perlu dengan hanya satu nafas, tidak perlu bertanya pengantin bilangan rukun mandi wajib dan sebagainya.

Jika mereka tidak mampu jawab bukan bermakna jahil, ada beza antara jahil dan gugup gementar pada hari pernikahan.

Jika sesiapa berada pada negeri tertentu, patuhilah cara perkahwinan berdasarkan hal ehwal pengurusan agama di negeri masing-masing.

BACA: Diugut boikot, Mekdi Malaysia akhirnya dedah siapa pemilik sebenar syarikat ini