Rata-rata, ramai yang memilih MYDIN sebagai pasar raya kegemaran disebabkan tawaran harga dan promosi yang lumayan.
Tapi kalau korang nak tahu, sebagai pengunjung setia Mydin, ada beberapa kesilapan yang ramai buat hingga sebabkan ‘kerugian’.
Nak tahu apa tak? Inilah 5 kesilapan yang biasa dilakukan oleh kebanyakan pengunjung Mydin ketika shopping di pasar raya pilihan rakyat ni
.
1. Tak merancang perbelanjaan
Disebabkan barang-barang di MYDIN murah-murah belaka, ada yang cenderung untuk borong lebih banyak daripada sepatutnya.
Bukan setakat tu je, korang pun susah nak bawa semua barangan tu untuk balik ke rumah. Belum sampai cerita nak menyimpannya pula.
Oleh itu, merancang perbelanjaan bukan sekadar membantu korang untuk membuat bajet secara sistematik.
Perancangan perbelanjaan yang baik juga dapat membantu untuk menguruskan inventori rumah dengan lebih baik.
5 kesilapan shopping mydin
2. Tak claim hadiah/tebus resit sertai peraduan selepas berbelanja banyak
Dah alang-alang shopping barang keperluan setiap bulan, rugi la kalau tak join contest dianjurkan, kan? Kalau korang nak tahu, MYDIN selalu buat contest di mana korang hanya perlu submit nombor resit untuk dapatkan hadiah.
Dan sempena Anniversary MYDIN ke-66 kali ni, korang berpeluang memenangi smartphone Oppo atau kredit e-wallet seperti Setel & MBSB bila korang berbelanja di sana. Hanya semudah update nombor resit melalui WhatsApp atau aplikasi e-wallet untuk tebus kredit dan sertai peraduan.
Jadi, jangan la terus give up setiap kali ditahan staf MYDIN. Mungkin ada yang bagi alasan ‘rushing’ dan ‘ala, confirm tak menang punyalah’.
Tapi belum cuba belum tahu, kan? Mungkin tuah untuk pertandingan kali ni jatuh ke tangan korang, bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
3. Tak daftar atau tak guna Kad Meriah
Nama pun Kad Meriah, sudah pasti kad ni akan memeriahkan lagi pengalaman shopping korang di MYDIN.
Kalau korang ada kad ni, korang boleh dapat potongan harga untuk barangan tertentu, tebus point dan sertai peraduan secara automatik.
Contohnya barang harga RM20 untuk bukan ahli, tapi bila ada kad meriah harga jadi RM15.
Ini baru satu barangan je, kalau banyak barangan lagi yang dapat diskaun, banyak lagi penjimatan yang korang dapat. Menarik kan? Dah nama pun Kad Meriah, mestilah Meriah.
4. Tak follow media sosial MYDIN
Mydin selalu update promosi yang luar biasa menerusi platform media sosial seperti Telegram, X, Facebook, Instagram dan sebagainya.
Selain tu, MYDIN juda akan update produk baharu yang boleh korang beli dan try di rumah. Tapi kalau korang nak follow media sosial MYDIN saja-saja pun boleh je, takde masalah.
Sebab, admin MYDIN ni selalu up content menarik dan dapat hiburkan hati korang terutamanya di Tiktok mereka. Mana tahu korang tengah down, boleh la merawat hati yang terluka bila tengok video mereka.
5. Tak guna e-wallet
Pada era digitalisasi ini, fitur e-wallet wajar menjadi satu kebiasaan dalam kalangan pelanggan MYDIN.
Memandangkan MYDIN bakal menyambut Ulang Ke Tahun Ke-66, pelbagai manfaat yang boleh diperolehi dengan menggunakan e-wallet ketika membuat pembelian..
I. Boost
Korang kena buat perbelanjaan minimum sebanyak RM66 menggunakan aplikasi Boost di semua cawangan fizikal Mydin dan korang akan dapat cashback sebanyak RM6.60 menerusi Mydin66 Rakan Wallet (Cashback).
Wang cashback tadi dapat digunakan dalam transaksi di Mydin pada masa yang akan datang tanpa perbelanjaan minimum.
Tarikh luput bagi cashback ini selepas 21 hari dan nilai cashback yang diterima boleh mencecah RM36,000 (6,000 transaksi)
II. MBSB Bank
Korang berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM500 apabila korang berbelanja minima RM150 di mana-mana cawangan MYDIN berhampiran sehingga 31 Oktober 2023 ini.
Korang hanya perlu menggunakan MBSB Bank E-wallet sebagai mod pembayaran untuk menyertai pertandingan ini. MBSB akan memilih pelanggan yang melakukan transaksi menggunakan MBSB Bank e-Wallet tertinggi
III. Mcash
Korang berpeluang untuk mendapat cashback bernilai RM6.60 dengan perbelanjaan minimum berjumlah RM66.
Dengan syarat, korang kenalah buat pembayaran dengan menggunakan MCash e-wallet. Korang boleh dapat cashback secara serta merta.
IV. WavPay
Korang berpeluang untuk memenangi hadiah sehingga bernilai RM66,000 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM66. Setiap perbelanjaan yang berjumlah RM66 layak untuk mendapat kod.
Apa fungsi kod tu? Kod tersebut boleh digunakan dalam Spin&Win pada akhir bulan sepanjang kempen berlangsung.
V. Zapp
Korang berpeluang untuk memenangi kad hadiah Petronas yang bernilai RM100 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM30 sahaja dan terhad pada satu transaksi sahaja.
Pada masa yang sama, korang berpeluang untuk menyertai Supermarket Sweep di MYDIN dan memenangi hadiah bernilai RM1,000 untuk perbelanjaan tertinggi sepanjang kempen berlangsung.
Sekarang korang dah tahu kenapa kebanyakan pelanggan MYDIN ‘rugi’ ketika berbelanja di MYDIN.
Kalau korang ikut helah-helah di atas, mesti korang boleh dapat hasil pulangan yang lebih besar lagi-lagi jika menggunakan e-wallet.
Tak payah dah susah-susah keluarkan duit dekat ATM, hanya perlu membawa telefon pintar dan ‘shopping’ di MYDIN dengan senang hati.