Ibu bapa seharusnya belajar melepaskan anak-anak yang sudah berkahwin dan tidak mencampuri urusan rumah tangga mereka.
Namun kini semakin bnayk kes penceraian disebabkan campur tangan mentua.
Di bawah adalah perkongsian seorang wanita yang sudah banyak kali makan hati dengan layan kasar mak mentua.
“Mak mentua menganggap aku perampas anaknya. Dia kerap cakap macam tu dari awal kami kahwin. Suami aku ni satu-satunya anak lelaki dalam keluarga.
Beberapa karenah mak mentua yang terkesan dihatiku dari dulu dan pastinya sampai bila-bila. Depan suami baik, belakang suami dia maki aku.
Pernah dia call aku tanpa salam dan terus mki aku, “Wei, betina. Hang memang nak tunggu aku mampus baru nak ajak anak aku mai rumah aku?”
Hanya sebab dia call suamiku tak berjawab sebab suamiku dalam meeting. Walhal, baru dua malam lepas kami ke rumahnya.
Aku bersalin anak pertama. Hari pertama di hospital, suami datang masa melawat dan tolong uruskan aku serta anak.
Tukarkan pampers, basuhkan cawan dan pinggan, kemaskan almari. Waktu melawat tengah hari dua jam, petang dua jam. Suami akan datang awal serta balik paling lewat.
Hari ketoga, mentua ikut. Suamiku tak ubah macam pelawat lain. Datang 30 minit sebelum tamat waktu melawat.
Baru duduk lima minit, mak mentua ajak balik sebab nak ke bank dan nak beli handbag baru, asyik tengok jam sebab suami aku berlengah sebab sedang kelam kabut uruskan aku macam selalu.
Mak mentua dah buat muka dan hempas barang.
Aku tahu suamiku lewat kerana mentua. Tapi, aku tetap terasa hati sebab suami aku lewat dan tak banyak yang boleh tolong. Emosi lepas bersalin memang tak stabil.
Aku bersalin czer dan banyak limitation utk bergerak. Memang mudah mentally broken sampai aku rasa, tak ada suami pun tak apa sebab tak membantu.
Buat anak sama-sama, tapi tolong urus isteri pun culas. Macam-macam alasan.
Masa lepas pantang, suami bawa tidur rumah mentua sebab mentua buat kenduri. Suami keluar beli ais tiub. Ada tetamu datang. Anak aku tengah menangis lapar susu.
Aku masuk bilik susukan anak. Mak mentua sindir aku pada tetamu yang datang cakap aku curi tulang. Menantu malas. Buat-buat sibuk dengan anak.
Mentua datang ambil anak aku yang belum kenyang menyusu. Anak aku terkapai-kapai terkejut sebab macam kena rentap.
Lepas tu, mak mentuasuruh aku cedok lauk kat periuk besar di belakang rumah (tempat suamiku masak). Konon dia nak jaga anak aku.
Masa aku baru ambil periuk kecil untuk isi lauk, aku dengar anak aku menangis kuat.
MIL aku membebel, perangai anak macam mak, asyik menangis saja, manja tak bertempat. Walhal baby lapar, baru dua bulan.
Mak mentua tak sabar nak suruh hidang cepat-cepat. Boleh je tunggu suami aku balik kedai, tapi dia tak nak.
Aku tak tahan dengar anak aku menangis. Aku ke ruang tamu rupanya mak mentua hanya biarkan anak aku terbaring atas sofa.
Tinggal tak jatuuh tergolek je. Aku cepat-cepat ambil anak aku. Mentua aku marah sebab aku masih tak cedok lauk di luar.
Aku bawa anak aku dan periuk lauk, pergi cedok lauk di luar di tengah panas. Lauk tu panas tau. Anak aku pula menangis tak henti-henti lagi.
Sekali aku menangis sebab sakit hati dengan karenah MIL
Kebetulan suami aku balik. Mak mentua cakap aku degil nak jugak cedok lauk walhal boleh tunggu suami aku balik.
Lepas tu, bila anak nangis stress sorang-sorang mula nangis sekali. Sakitnya hati aku. Suami aku terus suruh aku masuk bilik untuk rehat. Mungkin ingat aku stress bila anak meragam.
Mak mentua call mak aku masa kau kat hospital cakap tak perlu bawa makan tengah hari. dia dah masakkan dan akan ke hspital dengan suami aku untuk hantarkan. Mak aku akur.
Macam biasa, sampai lewat dah. Lagi 15 minit nak habis waktu melawat.
Tahu bawa apa? Bawa nasi bungkus & kari ikan tongkol (mak aku pernah pesan, ikan tongkol tu gatal, untuk yg czer kena jaga betul-betul, tak boleh sembarangan makan).
Aku tak makan. Aku cakap tak boleh makan lauk ni. mnak mentua buat muka dan cakap aku mengada. Suamiku tak terkata apa. Suami aku ni tak tahu yang ikan tu tak boleh makan.
Mak mentua keluar dulu tunggu di luar sementara suami aku tukarkan pampers anak. Aku tanya suami, kenapa mak cakap nak tolong masak dan call mak aku tak bagi bawa makan then at last beli?
Promoted content
GELINTAR IKLAN
Petaling Jaya: Harga suv mungkin mengejutkan anda. Lihat harga!
KETAHUI LANJUT
Suami jawab, mak dia cakap mak aku yang call suruh beli makanan sebab mak aku tak sempat hantar.
Aku tak dapat tahan emosi. Memang aku menangis dan suruh suami aku buang lauk tu. Lantaklah dia nak cakap aku tak hargai ke apa. Waktu melawat pun tamat.
Suami aku tak sempat nak pujuk aku, dah kena keluar. Suami aku call, aku matikan. Sakitnya hati.
Aku call mak aku menangis-nangis. Aku cakap, aku tak da suami pun tak apa. Sebab suami aku pun bukan nak jaga aku, turut sangat cakap mak dia.
Kalau mak dia bagi makan racun kat aku pun, dia ikut je. Mak aku memang pandai pujuk aku untuk bertenang.
Aku minta pengawal keselamatan tolong belikan bubur di kantin sebab makanan hospital dah pun dipungut tepat pada waktunya.
Mak mentua pernah datang tidur rumah aku. Masa aku nak buka pintu bilik nak ajak MIL makan, aku dengar mentua bebel, “Anak haram ni kalau tak buas tak sah. Barua betul.”
Aku cepat-cepat pulas tombol pintu dan nampak dia tengah tolak kepala anak aku yang tengah selongkar beg dia. Ya memang salah anak aku.
Tapi, dia masih kecil dan mentua juga yang ajak dia masuk bilik. Masa tu umurnya dua tahun.
Aku tak tahu kenapa aku buat-buat tak nampak & hanya ajak anak aku keluar bilik. Masa tu, suami aku kat tempat kerja.
Masa suami kat tempat kerja, MIL memang berkurung di bilik sahaja. Aku anggap dia letih dan berehat. Tapi, bila suami aku nak sampai rumah, dia akan duduk di ruang tamu.
Rumah kami tiada sofa. Memang kena duduk di lantai berlapik karpet. Masa suami aku sampai, selalu dia akan datang peluk aku & anak.
Memang begitu rutinya.
Tiba-tiba, MIL mengerang sakit & menangis cakap sakit badan duduk di lantai dan ajak suami aku keluar beli sofa. Tadi elok je aku tengok, ni sampai kena papah masuk bilik.
Aku merajuk senyap-senyap. Aku suruh suami pergi kedai sofa dengan mak dia dan aku tak mahu ikut.
Mujur suamiku ni masih ingat perbincangan kami dahulu yang kami tak perlukan sofa di rumah sewa dan hanya akan beli sofa lepas masuk rumah baru nanti.
Sejuk hati aku bila suami tak setuju dengan cadangan mak mentua. Aku ingatkan dia akan turutkan.
Masa aku bersalin anak kedua, aku trauma dengan drama mak mentua. Aku dah pesan pada mak aku agar jangan percaya cakap mentua kalau dia berjanji nak belikan apa-apa untuk aku.
Segalanya baik-baik sahaja hingga hari terakhir aku di hospital. Pagi lagi doktor dah maklumkan yang aku boleh keluar cuma sedang proses dokumen discaj.
Aku maklumkan pada suamiku. Mungkin dalam petang dah boleh keluar dan minta suami standby untuk urusan discaj. Tak sabarnya nak balik rumah.
Mak mentua ada juga call tanya betul ke dah boleh keluar hospital. Dia suruh singgah rumah dia tetapi aku tolak sebab dengan perut czer nak singgah merata.
Aku nak terus balik rumah mak aku. Aku harap dia faham walau ada nada tak puas hati di hujung talian. Ayat dia, “tunggu mati la baru boleh jumpa cucu.”
Jam 3 petang, dapat je surat discaj, aku call suami. Dia jawab, dia bawa mak dia urut kaki di spa. Baru je sampai dan nak start sesi urut.
Dalam dua jam lagi dia sampai kat aku. Aku terus maatikan call. Dia call balik memang aku tak jawab.
Eh, suami aku memang tak da common sense ke eh? Dari pagi aku dah inform.
Aku minta mak & ayah aku datang uruskan discaj. Memang aku menangis teresak-esak sebab saakit hati.
Banyak lagi hari lain. Kenapa hari ni jugak nak sakit kaki dan nak ke spa bagai?
Masa mak dan ayah aku sampai pun memang aku menangis lagi. Ayah aku tenangkan aku dan tak bagi aku fikir sangat takut meroyan.
Aku bagi kat debit untuk ayah aku selesaikan urusan discaj. Suami aku sampai masa mak aku tengah tolak kerusi roda aku dan ayah aku tengah bukakan pintu kereta. Aku?
Pastinya aku buat macam suami aku tak wujud. Ayah aku pulak cuba damaikan suasana dan slow talk untuk bawa aku pulang menaiki kereta ayah aku.
Sampai di rumah, suami aku datang tolong apa yang patut. Aku buat tak tahu dengan suami aku. Cakap pun sepatah sepatah je. Sungguh aku terasa hati.
Paling aku terasa hati dia bawa mak dia naik kereta baru mak aku. Kereta suami aku rosak. Mak aku yang bagi pinjam kereta agar senang bergerak dan uruskan aku.
Boleh pula dia bawa mak dia ke sana ke mari. Tak malunya.
Masa aku berpantang di rumah mak aku, mak mentua kerap call tanya hari ke berapa pantang.
Dan asyik sebut dan tekan aku, lepas pantang jangan duk rumah mak aku. Cepat-cepat balik rumah sendiri.
Ternyata dia dengki anak aku rapat, manja dengan mak ayah aku. Anak sulung aku pun satu, memang buat tak endah dengan mak mentua.
Bukan aku yang ajar. Anak aku tak suka kalau orang suka usik dan bercakap kasar.
Contohnya, MIL suka cakap “aku sekeh jugak kepala hang ni”, “buas macam beruk”, “mama dah ada adik dah tak sayang kakak dah. Padan muka.”.
Mak mentua umpan anak aku dengan duit tapi anak aku buang je duit. Lepas tu mula dia cakap anak aku ni degil dan buas macam jantan.
Tapi, jauh di sudut hati aku, aku rasa anak aku ni teringat-ingat je orang yang tolak kepala dia dan banyak sakiti dia tapi berpura-pura baik dan berlakon sayang depan orang.
Bagi aku, budak-budak ni dia tahu & ingat je apa yang orang buat. Cuma dia tak reti bagitahu.
Mak mentua aku ni attention seeker, penipu, berlakon, suka bodoh-bodohkan anak, dia je sentiasa betul, suka mencarut, suka maki, suka cakap besar, suka hina orang lain.
Aku tak benci MIL aku sebab aku tahu dia syurgs suami aku. Tapi aku cukup benci dan menyampah dengan sikapnya..
Doakan aku kuat nak hadap MIL yang psiko ni. Kalau korang nak tahu, kerap kali je dia call tanpa salam dan terus maki. Macam ada masalah jiwa.
Kejap ok, kejap tak. Dan sejak beberapa bulan ni, aku memang block MIL aku. Aku hanya unblock bila aku berada dengan suami aku kerana yang manis-manis hanya depan suami.
Bukan aku tak nak merungut hal MIL pada suami. Suami aku pun dah cukup faham dan masak dengan perangai MIL.
Cuma, aku tak mahu suami aku rasa macam aku benci mak dia. Banyak lagi aku nak cerita perangai psiko dan gila mak mentua aku ni.
Baca juga: Diugut boikot, Mekdi Malaysia akhirnya dedah siapa pemilik sebenar syarikat ini