Pekerja kutip sampah jumpa RM330,000 dalam tong sampah tapi 1 sen pun tak ambil undang pujian netizen

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Seorang pekerja pembersihan menemui wang berjumlah 10 juta yen (RM329,068) dalam plastik sampah

Di sebuah kemudahan pengumpulan di Sapporo, Jepun, lapor laman berita Sora News semalam.

Ketika kejadian pada 30 Januari lalu, pekerja itu cuba mengasingkan kertas untuk dikitar semula dari sisa sampah yang dikutip dari Wad Nishi dan Wad Teine.

Pekerja kutip sampah jumpa RM330,000 dalam tong sampah tapi 1 sen pun tak ambil undang pujian netizen

Berdasarkan undang-undang Jepun, pemilik asal diberikan tempoh tiga bulan untuk menuntut wang tersebut bermula dari hari ia ditemui.

Terdapat 16 percubaan dilakukan oleh orang ramai untuk menuntut wang tersebut.

Mereka memberikan pelbagai alasan seperti membuang wang itu dalam kertas akhbar secara tidak sengaja atau ahli keluarga penghidap demensia tersilap membuangnya.

Bagaimanapun, penuntut tidak dapat menerangkan dengan tepat mengenai wang itu dan keadaan ia dijumpai.

Jadi pada 30 April lalu, pemilikan wang itu diserahkan kepada Bandar Sapporo.

BACA: “Suami kedekut, aku tak pernah ada baju baru masa raya, pakaian dalam longgar pun aku pakai lagi, coli pun sama, selagi boleh pakai aku pakai”