Pembantu peribadi kepada Shila Amzah iaitu Aini Shuhaidah telah mendedahkan bahawa dirinya penat bersabar dengan perangai Shada dan Syafiq Amzah.
Permasalahan keluarga Nd Lala semakin terlihat di mata orang ramai dan menjadi perbincangan
semenjak Shila dan Syahir Amzah menjadi rakan duet dalam sebuah rancangan realiti TV.
Aku memang tak puas hati dengan kau Syafiq Amzah
Melalui perkongsian Aini di InstaStory, panggilan ‘balaci’ yang diberikan oleh Syafiq Amzah semasa live di TikTok telah mengundang kemarahannya selepas 13 tahun bekerja.
Tampilan Syafiq di live itu menyebabkan Aini saling mendedahkan sikap asli Syafiq yang sebenar.
Sebelumnya, dia banyak berdiam diri dan tidak masuk campur dalam masalah keluarga mereka walaupun terkait dengan nama baiknya.
Mak kau yang petik nama mak aku dulu
Aini Shuhaida juga tampil menjelaskan mengenai sikap kurang ajar yang dikatakan oleh Syafiq.
Difahamkan, ibu Fauziah Sarman yang pada awal telah menyebut nama ibunya lebih dulu dan memanggilnya sebagai anak yang tidak berguna.
Syafiq juga mengeluarkan kenyataan yang mengatakan Aini dan Shila pernah menengking dan melemparkan kata-kata kesat terhadap ibu Fauziah.
Luar dalam korang semua ada kat tangan aku
Dalam pada itu, Aini telah mengajak Syafiq untuk berjumpa dan berbincang mengenai permasalahan mereka, namun Syafiq tidak menunggu sehingga semuanya selesai dan langsung beredar.
Aini menyifatkan Syafiq sebagai ‘gangster Langat’ yang berani bertindak kasar terhadap isteri dan hanya berani marah-marah dalam Whatsapp sahaja.
BACA: Hanya guna bateri kereta sebagai sumber elektrik, Doktor warga Malaysia kongsi situasi di Gaza