Hanya kerana menyokong Palestin, Mia Khalifa dipecat Playboy

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Bekas bintang porno Mia Khalifa telah dipecat oleh syarikat majalah dewasa,

Playboy selepas menyokong serangan ke atas Israel oleh kumpulan Hamas, yang disebutnya sebagai ‘pejuang kebebasan’.

Dalam e-mel yang ditujukan kepada komuniti pencipta (creators) Playboy,

Hanya kerana menyokong Palestin, Mia Khalifa dipecat Playboy

syarikat itu berkata mereka membuat keputusan untuk menamatkan segala hubungan dengan Mia Khalifa, termasuk memadamkan saluran Playboy Mia dalam platform pencipta mereka.

“Di Playboy, kami menggalakkan kebebasan bersuara dan perdebatan politik yang positif, tetapi kami tidak bertoleransi dengan ucapan benci (hate speech).

Kami mengharapkan Mia faham bahawa kata-kata dan tindakannya tetap akan ada akibat,” tulisnya.

Menurut laporan Fox News, pelakon filem lucah itu memuat naik ciapan di X yang menyokong tindakan tentera Hamas itu sejurus mereka membedil Israel dan berkata sesiapa yang tidak menyokong Palestin adalah mereka yang menyokong aperteid.

Mia yang merupakan selebriti berdarah kacukan Amerika-Lebanon itu sebelum ini juga pernah dikecam dan diugut oleh ISIS kerana melakonkan aksi lucah sambil memakai hijab.

Setakat artikel ini ditulis, Mia masih lagi aktif di laman X miliknya dan memuat naik tanda sokongan yang tinggi terhadap Palestin.

BACA: “2016 suami mula tidur asing, dia depan tv, aku dalam bilik, masuk tahun ke-3 aku terfikir apa salahku, 2019 terbongkar segalanya, patutlah dia tak ghairah melihatku”