Dakwa Shila Amzah jual rumah demi duit, sekali bekas isteri dedah Syafiq 7 tahun tak pernah bagi nafkah anak

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

“Hari tersedih dalam hidup, rupanya adik beradik tak suka kita”. Itulah luahan yang dikeluarkan oleh Shila Amzah menerusi sebuah video live sebentar tadi.

Bermula dengan kemelut penjualan rumah, siapa sangka adik lelakinya, Amir Syafiq Amzah turut menyuarakan kenyataan berbaur memburukkan imej Shila.

Ia termasuklan dakwaan kakak sulungnya mahu menjual rumah demi duit.

Dakwa Shila Amzah jual rumah demi duit, sekali bekas isteri dedah Syafiq 7 tahun tak pernah bagi nafkah anak

Anis menganggap Shila sudah terlalu lama memendam

Terlalu lama memendam rasa, Shila dilihat menitiskan air mata dalam siaran live yang dibuat.

@xtra_my Replying to @LYNDAMAJID_❤️ Semoga sha terus kuat 🤲🏻😭❤️ #fyp #xtramy #shilaamzah #menangis #syadaamzah #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

Dalam ketegangan keluarga ini, bekas adik iparnya iaitu Anis Waheeda tampil mempertahankan kesabaran Shila Amzah yang disifatkan sudah mencapai limit dalam menghadapi perangai adik-adiknya.

Syafiq lalai membayar nafkah anak selama 7 tahun

Menerusi perkongsian bersama @mStar, Anis beranggapan apa yang terjadi adalah sebuah kifarah (balasan) buat Syafiq.

Katanya selepas bercerai dahulu, lelaki berusia 30 tahun itu didakwa culas dalam melunaskan kewajiban nafkah buat anak mereka selama 7 tahun berturut-turut.

Anis turut membongkarkan tindakan kasar Syafiq yang pernah dilakukan kepadanya dan juga keluarga.

Tiada kerja tetap & pernah jual alat muzik untuk dapatkan wang

Wanita ini turut mendedahkan sikap Syafiq yang meminjam wang ringgit daripada kenalannya. Namun duit tersebut tidak pernah diterima oleh pihak Anis dan juga anak.

Tambahnya lagi, bekas suaminya itu pernah mengambil beberapa alat muzik berupa piano dan gitar demi mendapatkan duit lantaran tidak mempunyai pekerjaan tetap.

BACA: “2016 suami mula tidur asing, dia depan tv, aku dalam bilik, masuk tahun ke-3 aku terfikir apa salahku, 2019 terbongkar segalanya, patutlah dia tak ghairah melihatku”