Pengantin tular lepas letak jumlah kalori makanan di majlis,“Ini kalau budak ekonomi kahwin, mahu dia letak harga makanan”

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Majlis perkahwinan biasa menghidangkan pelbagai jenis lauk dan pencuci mulut, malah air manis turut dihidang bersama.

Namun majlis perkahwinan ini dilihat sangat menjaga pemakanan para tetamu apatah lagi setiap makanan disediakan info mengenai jumlah pengambilan kalori.

Menurut Sindonews, seorang pengguna TikTok, @farchuuu memuat naik video majlis kahwin yang dihadirinya.

Pengantin tular lepas letak jumlah kalori makanan di majlis,“Ini kalau budak ekonomi kahwin, mahu dia letak harga makanan”

Apa yang menarik perhatiannya adalah terdapat papan tanda yang menerangkan jumlah kalori setiap makanan.

Majlis itu diadakan oleh seorang pakar pemakanan yang menyenaraikan setiap kalori supaya tetamu boleh mengawal pengambilan kalori yang diperlukan.

@farchuuuSeru bingits

♬ Bercyandya – DJ Bombompret

“Ais Krim Chocolava ±335 kilo kalori kcal/bahagian,” tulis salah satu papan tanda dalam video tersebut.

Rata-rata netizen mengkagumi niat pasangan tersebut dan terfikir bagaimana pula pasangan dalam bidang lain mahu gunakan cara kreatif di majlis kahwin mereka.

“Tetamu jurusan farmaseutikal, setiap menu ada dosnya.

“Tetamu jurusan ekonomi, setiap menu ada harganya.

“Tetamu jurusan psikologi, setiap menu ada masalah tersendiri.

“Tetamu jurusan arkeologi, semua menu bertulang,” antara komen netizen.

Nampak kelakar tapi sekurang mereka menjaga pemakanan mungkin ada tetamu yang sangat menjaga jumlah kalori jadi ini menyenangkan kerja mereka.

Baca juga:‘Penunggang Palestin’, Mufti dedah ada yang kutip dana bantuan Palestin tapi tak sampai Palestin