Sejak pulang dari mengerjakan ibadah haji, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin
Baginda dilihat begitu anggun apabila mengenakan tudung dalam setiap majlis-majlis rasmi yang dihadiri baginda.
Bertudung pulang dari kerjakan haji
Dengan penampilan yang begitu elegan, Permaisuri Norashikin telah menerima pujian daripada warganet yang kagum melihat kecantikan baginda yang begitu menyerlah lebih-lebih lagi selepas pulang dari Tanah Suci.
Pakai tudung Fazura!
Terbaru, selebriti terkenal iaitu Fazura telah memuat naik semula hantaran dari Instagram Selangorroyalofficial dengan menzahirkan rasa bersyukur apabila baginda Permaisuri Norashikin sudi mengenakan tudung keluaran jenamanya.
Menurut pelakon itu, baginda telah memakai tudung Fazura jenis square satin in “Onyx” dari koleksi Black Label.
Lihat siaran ini di Instagram
Difahamkan, Permaisuri Norashikin telah berkenan untuk berangkat ke Kuliah Dhuha Perdana & Zikit Munajat yang berlangsung di Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 14 Julai 2023.
Kuliah tersebut telah disampaikan oleh penceramah tersohor dari Indonesia, Tuan Guru Prof. Hj. Abdul Somad, sementara Zikir Munajat dipimpin oleh Imam Masjid Negeri, Ustaz Haji AbdulKarim Almakki.
Alhamdulillah, makin cantik dan ayu!
Lihat siaran ini di Instagram
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji penampilan Permaisuri Norashikin yang begitu cantik dan sangat mesra dengan rakyat.
Mereka juga turut mendoakan agar baginda Sultan Selangor dan Permaisuri selangor terus diberi kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.