asuk saja ke mana-mana bangunan sama ada apartment, pusat membeli-belah atau pun bangunan pejabat,
kita pasti akan perasan kewujudan pintu dengan papan tanda KELUAR di bahagian atasnya.
Walaupun ramai yang sudah tahu dan boleh mengagak pintu ini akan digunakan untuk tujuan kecemasan
namun masih ada yang tertanya-tanya fungsi sebenar pintu ini dan bagaimana ianya digunakan jika berada dalam situasi yang tidak diinginkan.
Tidak mahu persoalan tersebut terus berlegar-legar dalam fikiran netizen, seorang pengguna Twitter, Ahmad Azmer Izat kemudiannya tampil menjelaskan ringkas mengenai perkara berkenaan.
Beliau yang mempunyai pengalaman dalam bidang Air Conditioner and Mechanical Ventilation memberitahu pintu berkenaan akan digunakan sekiranya berlaku kebakaran dalam mana-mana premis.
“Fungsi utama bilik ini bukan untuk halang api sebenarnya, sebab boleh tahan dua jam sahaja.
“Dia fokus kepada asap tebal bila kebakaran. Jadi asap itu tak boleh ikut masuk dalam bilik ini,” jelasnya.
Bilik yang dimaksudkan adalah ruang yang dimasuki mangsa melalui pintu kecemasan yang dibincangkan lebih awal tadi. Bila menggunakan pintu kecemasan, mangsa akan berada di dalam ruangan atau ‘bilik’ yang terhalang daripada asap kebakaran tadi.
For who still don’t get it. Ni sample time inspection bomba dulu. Just imagine surrounding kat luar penuh dgn asap when on fire. pic.twitter.com/HAOZ3cXnDa
— Azmer (@Azmerizat) December 1, 2020
‘Semua orang dah tahu’
Betul, hampir semua orang sudah mengetahui pintu berkenaan akan digunakan untuk menyelamatkan diri jika berlaku kecemasan. Tetapi kenapa anda tidak menggunakan sahaja pintu-pintu yang lain?
“Bila loceng kecemasan sudah berbunyi, roller shutter (macam pintu depan kedai) akan tertutup.
“Jadi, pintu yang ‘entah apa-apa’ itu yang satu-satunya boleh akses ke dalam ruangan yang bertutup tadi,” jelasnya.
“macam ini rupa kalau fire shutter tu tutup. nak keluar guna pintu hanya guna pintu ini.”- Netizen
Hal ini menurutnya berlaku kerana ruang yang tertutup atau ‘bilik’ tadi akan menjadi ‘fire rated’ dan boleh menyelamatkan mangsa untuk sekitar dua hingga empat jam.
“Untuk mencari tempat yang selamat anda perlu masuk ke ‘bilik’ ini.
“Bila bukak pintu ‘bilik’ berkenaan, tekanan angin daripada dalam akan menolak kembali asap untuk ke luar. Perhatikan kertas (dalam video),” jelasnya.
Beliau dalam perkongsiannya itu turut menunjukkan rakaman video bagaimana pintu berkenaan boleh menghalang asap daripada memasuki ruangan atau ‘bilik’ yang dinyatakan tadi.
“Sempat la semua orang nak lari daripada terbako tu,” katanya.
Sehingga artikel ini ditulis, perkongsiannya yang dibuat pada 30 November itu sudah pun mendapat lebih 4,000 retweet dan 8,500 likes di Twitter.
BACA: Tindakan anggota Polis perlekeh wanita buat report pemandu mabuk undang kecaman netizen