Terpesona rupa persis pelakon bollywood? Wanita ini kongsi detik hitam kahwin lelaki warga asing

Oleh AHMAD SULAIMAN

MANA-mana perkahwinan pasti tidak terkecuali dilanda ujian dan cabaran.Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri.

Terpesona rupa persis pelakon bollywood? Wanita ini kongsi detik hitam kahwin lelaki warga asing

Namun cabaran yang dilalui oleh individu yang memilih warga asing sebagai pasangan hidup ternyata lebih besar dan bukan calang-calang,

Terpesona rupa persis pelakon bollywood? Wanita ini kongsi detik hitam kahwin lelaki warga asing

memandangkan kedua-duanya mempunyai latar belakang diri, budaya serta cara hidup yang berbeza.

Begitulah juga kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita, di mana perkahwinan yang dibina selama lapan tahun dengan seorang lelaki warga asing, akhirnya runtuh kerana perbezaan budaya.

“Saya berkahwin dengan bekas suami, seorang warga asing (warganegara Pakistan) pada April 2014. Banyak yang kami lalui selama ini (isu perkahwinan biasa dan lain-lain).

“Tetapi ia menjadi sukar kerana kami berdua dari latar belakang yang berbeza sama sekali kecuali agama. Kami berdua beragama Islam. Perkara utama yang menjadi masalah buat saya adalah budayanya.

“Daripada seorang wanita yang sangat berdikari dan suka belajar, dia meminta saya berhenti belajar dan berkahwin, serta menjadi ibu yang tinggal di rumah.

“Dia menjanjikan saya bulan dan bintang dan saya termakan dengan semua kata-katanya,” luah wanita berkenaan.

Wanita itu menambah, sepanjang perkahwinan, dia dan suami membina perniagaan bersama-sama dan dia hanya bekerja dari rumah sahaja.

Namun, langit tidak selalunya cerah. Ujar wanita tersebut, perkahwinan mereka mula dilanda badai pada dua tahun terakhir yang akhirnya membawa kepada penceraian.

“Kami berdua memulakan proses penceraian awal 2022, dan perceraian dimuktamadkan pada November 2022.

“Saya terpaksa mengupah peguam kerana dia cuba mengalahkan saya semampunya. Ia benar-benar mencabar ditambah pula kami berdua mempunyai dua anak bersama-sama,” kongsinya.

Ujar wanita berkenaan, ujian yang dihadapinya semasa dalam tempoh perkahwinan tidak habis setakat itu saja.

BACA:Ramai tak tahu mengapa babi tak boleh mendongak ke langit, ini sebabnya