Sejak malam tadi, media sosial TikTok trending dengan isu seorang ibu mendakwa dirinya dikasari dan dilayan buruk oleh anak kandung sendiri.
Kesedihan wanita berpurdah terbabit turut mendapat perhatian pihak Semboyan Malaysia yang telah tampil bertemunya untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.
Dulu Mama tak macam ni, Mama dah gila agaknya…Bagi saudara mara duit, aduhhh…Jual la rumah tu
Daripada rakaman suara live yang dipaparkan oleh akaun @Semboyan Malaysia, si anak kedengaran memarahi ibunya dengan kata-kata kesat akibat perseteruan tentang penjualan rumah.
Bakal keluar dari rumah itu tidak lama lagi, lelaki dalam video terbabit tergamak berkata dia tidak akan menguruskan sebarang proses pengebumian andai kata ibunya ‘pergi’ satu hari nanti.
@semboyankualalumpur 𝐔𝐏𝐃𝐀𝐓𝐄 𝐓𝐄𝐑𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐊𝐄𝐒 “𝐃𝐄𝐑𝐇𝐀𝐊𝐀 𝐈𝐁𝐔” Mangsa [Ibu kepada target] datang Dari Negeri Sembilan ke balai Polis Setapak Kuala Lumpur untuk bersemuka bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku . . . . . . namun Target tidak beri kerjasama walaupun telah berjanji untuk berjumpa di balai polis. Target tidak menghiraukan kehadiran ibunya disana dan tidak menunjukkan sebarang reaksi ihsan kepada warga emas tersebut yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk berjumpa dengannya. … Kes belum selesai dan akan ada tindakan susulan dari mangsa dan juga Semboyan Malaysia. #fyp #fypシ #makimak #nasilemak4pagi #anakderhaka ♬ original sound – Team Semboyan Malaysia
Kau ni dah kena ‘buat’ tahu tak? Kau dah kena santau, tahu tak?
Tidak pasti apakah kemelut sebenar yang terjadi antara mereka, namun si anak beranggapan perubahan sikap ibunya adalah kerana sudah terkena ‘buatan’ orang.
Berani kerana benar, peniaga makanan itu turut menegaskan dirinya berada di tempat yang benar serta memiliki bukti kukuh tentang konflik pertengkaran mereka.
Ibu itu satu, perginya dia adalah pergi yang kekal
Dalam pendedahan lanjut, si ibu mendakwa anak-anaknya telah menarik kaki dan mengheretnya ke arah tangga.
Pihak Semboyan Malaysia bersama wanita berkenaan bagaimanapun telah melaporkan kejadian tersebut ke balai polis.
Dengan suara yang cukup sayu, si ibu yang telah dianiaya tetap menyimpan harapan semoga anaknya berubah satu hari nanti.